KUALA LUMPUR: Jajaran baharu politik antara UMNO dan DAP dianggap sesetengah pihak akan membentuk kerajaan dengan majoriti yang kuat dengan gandingan mantap wakil rakyat pelbagai kaum, kata Kamarul Zaman Yusoff.
Pensyarah Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berpendapat, jajaran baharu itu sekali gus dilihat formula dan ramuan kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"UMNO boleh tarik undi Melayu, Cina akan menyokong DAP dan PKR pula melengkapkan kedua-duanya. Itu kira-kira di atas kertas.
"Sementara harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri lebih tinggi di bawah UMNO jika dibandingkan semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Pakatan Harapan (PH), namun isu siapa yang bakal menerajui itu akan ditentukan selepas mereka menang kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Dominasi politik Melayu terencat bila Ahmad Zahid putus hubungan dengan Bersatu - Penganalisis
BACA: Ahmad Zahid tiada arah, masih bingung pimpin UMNO - Penganalisis
UMNO sebelum ini dilaporkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU15.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu kata Kamarul Zaman, isu penerimaan ahli dan penyokong UMNO mungkin akan mengganggu perkiraan jika parti itu menjalin kerjasama dengan DAP dan Anwar.
"Sejak sekian lama mereka diindoktrinasi dengan fahaman bahawa kedua-duanya adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu dan kepada UMNO.
"Namun, sekiranya pemimpin UMNO dapat meyakinkan ahli dan penyokong mereka mengenai keperluan dan kewajaran kerjasama tersebut, maka ini mungkin boleh menjadi kenyataan.
"Apa pun, ia adalah satu perjudian yang sangat besar di pihak UMNO jika ini berlaku," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Profesor Ahmad Atory Hussain berkata, pengundi Melayu belum tentu bersetuju jika jajaran politik itu diadakan.
Beliau turut menyatakan rasa sangsi apakah jajaran baharu itu akan mendapat sambutan sekiranya dilaksanakan.
Sebelum ini Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Hamidin Abd Hamid berkata, keputusan UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU15 dijangka menyaksikan penjajaran baharu dalam landskap politik negara.
Menurutnya perkara itu akan turut mempengaruhi kualiti pemain-pemain politik menjelang PRU15.
Astro Awani
Fri Mar 12 2021
Kata Kamarul Zaman Yusoff, isu penerimaan ahli dan penyokong UMNO mungkin akan mengganggu perkiraan jika parti itu menjalin kerjasama dengan DAP dan Anwar. - Gambar SINAR HARIAN
Tahan suspek tembakan di KLIA, bukti kecekapan polis - Musa Hassan
Kejayaan PDRM memberkas suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, membuktikan kecekapan risikan dan operasi pasukan.
Denggi: Dua kematian direkodkan di Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan rekod tertinggi iaitu 18 kes, diikuti SPS (15), Timur Laut (lapan) dan masing-masing lima kes di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara (SPU).
Kes tembakan di KLIA bermotif peribadi
Polis mengesahkan kes tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 bermotifkan hal peribadi diantara suspek dan mangsa.
Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi jalani pembedahan
Pengawal peribadi yang ditembak dalam kejadian di KLIA Terminal 1, Muhammad Nur Hadith Zaini, 37, menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya.
Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.
Menteri luar China, Iran bincang situasi Timur Tengah
Hossein Amir-Abdollahian telah menjelaskan pendirian pihaknya membabitkan peristiwa bangunan kedutaan Iran di Syria diserang pada 1 April lepas.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke Mekah melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Suspek kes tembak di KLIA hafiz al-Quran
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di balai ketibaan KLIA Terminal 1 merupakan seorang hafiz al-Quran.
Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya - Suspek kes tembak di KLIA
Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun terbabit dibuat di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Kes tembak di KLIA: Suspek ditahan ketika ambil laporan kesihatan
Polis mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Terminal 1, KLIA ditahan selepas mengambil laporan kesihatan di sebuah hospital swasta.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
PM Anwar syukur Nadir dan keluarga bersatu semula, ucap penghargaan kepada Al Sisi
Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan.
Konvensyen Khas PKR sempena ulang tahun ke-25 diawalkan kepada Ahad ini - Fahmi
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada hari Ahad ini.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Memanfaatkan potensi hubungan Malaysia-China untuk kemakmuran masa depan
Trajektori masa hadapan hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada libat urus berterusan dan usaha mempromosi pembangunan mampan dan kemakmuran.
Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat.
PM Anwar ziarah bekas Bendahari ABIM di hospital
Perdana Menteri menziarahi sahabat lama yang juga bekas Bendahari ABIM Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.
PM Anwar ucap Selamat Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu
Anwar mendoakan supaya tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.
Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat
Enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri MADANI adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Wakil rakyat Bersatu sokong Anwar perlu kosongkan kerusi - Razali
Menurutnya, pindaan Perlembagaan berkenaan diluluskan menyebabkan mereka yang berpaling tadah itu tidak perlu menunggu notis pemecatan.