KUALA LUMPUR: Jangan bermain politik ketika musim banjir, itu gesaan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung desas-desus berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Syed Saddiq berkata, kerajaan harus segera membentangkan pelan mitigasi banjir sebagai persiapan menghadapi bencana itu menjelang musim hujan nanti untuk mengelak perkara sama seperti tahun lalu berulang.
"Kami tidak ingin bermain politik semasa banjir, contohnya di Baling, Kedah bukan sekali dua tetapi tiga kali dilanda banjir dalam tempoh masa yang singkat.
"Kita perlu fokus bukan untuk bertempur rebut undi PRU, tetapi bantu rakyat jika kita bergaduh rakyat yang menderita," katanya ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Rabu.
Beliau hadir memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan tanpa permit, Nyawa Dulu Baru PRU yang diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo di sini Sabtu lalu.
Difahamkan, seramai tujuh individu dipanggil termasuk Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tengku, Lim Yi Wei; ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How dan ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan seramai tujuh individu telah dirakam keterangan berhubung perhimpunan itu pada Rabu.
"Tujuh orang kesemuanya kami panggil dan tiada lagi akan dipanggil berhubung perhimpunan itu. Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi pada Rabu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 29 2022
Syed Saddiq bercakap kepada pemberita ketika ditemui di IPD Dang Wangi pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Kronologi kes Syed Saddiq berhubung dana Armada
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.