Kenyataan perbalahan dalaman harus dihentikan serta-merta - Anwar

Rahimah Abdullah
Disember 12, 2019 11:08 MYT
ANWAR: Kita berkewajiban untuk meningkatkan usaha dan kinerja untuk kepentingan rakyat dan negara. - Gambar fail/Astro AWANI
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pimpinan dan anggota parti agar mengemukakan pandangan serta bantahan melalui saluran parti khususnya kepada Lembaga Disiplin.
Tegasnya, semua kenyataan perbalahan dalaman harus dihentikan serta-merta.
"Parti harus tegak atas asas dan khittah perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membela nasib rakyat semua kaum terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan.
"Rakyat yang pernah meletakkan kepercayaan kepada kita ternyata bosan dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada percaturan politik dalaman," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
BACA: Pro98 Reformis Pulau Pinang mahu Anwar selesai masalah dalaman PKR, tuntut Hanif Khatri letak jawatan
Kata beliau lagi, setiap anggota parti bertanggungjawab meningkatkan usaha untuk kepentingan rakyat dan negara.
#Anwar Ibrahim #kenyataan perbalahan #Lembaga Disiplin #pimpinan PKR #PKR #Presiden PKR