KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengharapkan kerajaan baharu yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat dapat mempertimbangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Menurut beliau, penubuhan MPN merupakan antara fokus utama Pejuang daripada berebut kuasa ketika parti-parti politik lain sedang berusaha mendapatkan sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
"Kita tak campur sangat urusan mereka itu, kita harap akan ada satu pihak berjaya mendapat jumlah meyakinkan untuk dipersembahkan Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Tuanku.
"Kami ikut sahaja, yang kami harapkan siapa juga menjadi Perdana Menteri, siapa juga bentuk kerajaan dapat mempertimbangkan untuk penubuhan Majlis Pemulihan Negara," jelasnya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Mukhriz menegaskan, penubuhan MPN amat penting dalam memastikan kerja-kerja mitigasi COVID-19 dan pemulihan ekonomi dapat dijalankan.
BACA: Pejuang kekal prinsip tolak kleptokrat - Mukhriz
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA SEMUA BERHUBUNG POLITIK MALAYSIA DI SINI
"Majlis seperti itu dirasakan sangat diperlukan untuk memberi tumpuan kerja kerja mitigasi COVID-19 dan ekonomi dan ianya perlu dianggotai pakar dalam bidang relevan dan seperlunya dipengerusikan oleh Tun Mahathir sendiri.
"Jadi itu sebenarnya menjadi tumpuan kami, walaupun begitu kami tahu dalam Perlembagaan dimaktubkan bahawa pemilihan Perdana Menteri itu perlu diberi perhatian, yang penting kerana tidak boleh timbul keadaan kita tidak ada kerajaan
"Jadi dalam hal itu kami hanya empat orang Ahli Parlimen, jadi kita akan menyokong sesiapa sahaja boleh dapat majoriti tersebut," ujar Mukhriz lagi.
Beliau merupakan antara ketua parti politik yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini untuk berbincang mengenai pelantikan Perdana Menteri kesembilan.
Sesi menghadap Agong oleh ketua-ketua parti bermula hari ini susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Al-Sultan Abdullah ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Fareez Azman
Tue Aug 17 2021
Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) merupakan antara fokus utama Pejuang daripada berebut kuasa, kata Mukhriz Mahathir. - Gambar fail
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.

KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024