KUALA LUMPUR: Lebih 110 Ahli-ahli Parlimen masih memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
 
Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan perkara tersebut berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini.


[TERKINI] YDP Agong dukacita pembatalan Darurat dibuat sebelum diperkenan Baginda

"Saya menjunjung akan titah Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

Rangkuman kandungan menarik Mesyuarat Khas Parlimen di Sisi TV Parlimen



"Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini. BACA LAPOR LANGSUNG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI



Beliau pada sama meminta rakyat untuk sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.


YB Tanjong Karang antara MP kerajaan yang minta sidang ditangguhkan