MUAR: Kerajaan Perpaduan semakin kukuh dan stabil, malah sebarang usaha untuk cuba menjatuhkan kerajaan itu hanya akan memperkuatkan lagi semangat dan iltizam parti-parti di bawahnya untuk bekerja lebih baik, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.
Mengulangi pendirian DAP untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selain DAP iaitu PKR, Amanah dan UPKO, sentiasa bersatu padu dan akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden PKR itu.
"Dengan keutuhan PH itu dengan 82 Ahli Parlimen, ditambah dengan komitmen yang dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga komitmen yang begitu jelas daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sendiri, ini sudah cukup membuktikan bahawa kerajaan pada hari ini cukup kukuh dan stabil.
"Jadi segala kenyataan ataupun permainan politik yang cuba digambarkan oleh pihak lawan kononnya bahawa akan ada pertukaran kerajaan dan sebagainya, hanyalah permainan politik.
"Jadi dari segi faktanya, ia sesuatu yang tidak ada asasnya," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2022, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata semangat semua pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan, masing-masing dengan jelas memastikan kelancaran pentadbiran dalam negara sekali gus memperkukuh kedudukan kerajaan kerana tidak mahu lagi satu kancah perpecahan politik yang boleh membawa kepada ketidakstabilan dalam negara.
"Jadi dengan satu kerajaan yang kukuh dan kuat, kita tahu bahawa banyak agenda dapat kita laksanakan, terutamanya agenda pembangunan negara, kemajuan ekonomi dan hubungan antarabangsa dan sebagainya," kata Loke.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jaminan DAP untuk terus menyokong kerajaan pimpinan Anwar dan sama ada desas-desus mengenai usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan oleh segelintir pihak akan melemahkan kerajaan itu.
Ahli Parlimen Seremban itu menambah usaha pihak lawan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan hanyalah sebahagian daripada strategi mereka untuk memberikan harapan palsu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
"Kami mahu membuktikan pasukan yang telah dibentuk yang datang daripada parti berbeza yang sebelum ini bertelagah antara satu sama lain, mampu bekerjasama dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Anthony Loke berucap pada Majlis Konvensyen Tahunan DAP Negeri Johor 2022 hari ini. -Bernama
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.