UMNO harus mempunyai jati diri dan bersifat berdikari untuk menjadi pembangkang yang berwibawa serta tidak perlu tergesa-gesa untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain terutama Pas.
Ramai yang beranggapan, UMNO selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, begitu terdesak untuk membentuk pakatan pembangkang dengan Pas sedangkan permasalahan dalaman parti itu patut menjadi keutamaan ketika ini.
Penganalisis politik Md Shukri Shuaib berkata ketika ini UMNO dilihat terlalu 'terhegeh-hegeh' untuk bekerjasama dengan Pas, malah parti yang berusia lebih 70 tahun itu seperti telah berjaya "dijinakkan" oleh Pas.
"UMNO adalah parti yang sepatutnya lebih dominan kerana ia lebih kuat daripada Pas dari segi bilangan kerusi (di Parlimen). Saya fikir tidak ada harapan bagi hubungan UMNO dan Pas pada masa depan.
"Kalau dilihat dari sudut sokongan orang Pas kepada UMNO yang masih tidak mesra dengan UMNO, tidak ada untungnya bagi parti itu mengadakan jalinan mesra bersama Pas kerana terbukti Pas bukanlah rakan gabungan yang baik," kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Md Shukri berkata pandangan 'jijik' terhadap UMNO masih menebal dalam kalangan penyokong Pas dan mereka masih menganggap UMNO sebuah parti yang zalim dan tidak memenuhi kehendak Islam.
BACA: Saya rai perbezaan pendapat, tapi jangan melampau - Ahmad Zahid
BACA: Pas alu-alukan sokongan anggota dan pengundi UMNO
Dalam pada itu, beliau berkata tiada salahnya jika barisan kepimpinan UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) dan bersama dengan kerajaan hari ini.
"Dengan UMNO yang mempunyai pengalaman (menjadi kerajaan) dan penyokong sendiri jadi saya fikir hal ini mungkin boleh dirundingkan. Bila kita bercakap tentang UMNO, kita jangan fikir tentang pemimpinnya.
"Jangan fikir tentang (bekas Presiden) Datuk Seri Najib Razak dan (Presiden) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi kita harus fikir apa yang terbaik untuk anggota UMNO dan rakyat," katanya.
Bagaimanapun, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali mempunyai pandangan berbeza dan berpendapat UMNO harus bekerjasama dengan Pas bagi menjadikan pembangkang sebuah pihak yang dominan, kuat dan disegani.
Katanya kerjasama antara kedua-dua pembangkang itu perlu bagi memastikan hak-hak raja dan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan terus terbela.
"Sekarang ini dapat dilihat benda-benda ini (hak-hak raja dan orang Melayu) banyak disentuh dan ia mungkin sensitif kepada orang Melayu. Jadi kerjasama ini sangat diperlukan," katanya.
Mohd Fuad berkata tidak mustahil sekiranya UMNO dan Pas berjaya membentuk satu barisan menjelang PRU15 nanti, seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan pada PRU14 lepas.
BACA: 'Diam itu emas, bertindak itu berlian'
BACA: Aset dibekukan, UMNO kini berjimat-cermat - Ahmad Zahid
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa kerjasama UMNO dan Pas hanya melibatkan perkara-perkara yang dipersetujui bersama seperti dalam pilihan raya kecil dan memperjuangkan masalah rakyat.
"Tetapi kita (UMNO dan Pas) tidak akan bekerjasama atas perkara-perkara yang kita saling tidak bersetuju. Perlu ingat, kita hanya akan bekerjasama dan bukan bergabung," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2018, di sini hari ini.
Mohamad berkata kerjasama di antara kedua-dua parti itu akan menjadikan negara mempunyai sebuah blok pembangkang yang berwibawa dan dapat memantau prestasi kerajaan hari ini dengan baik.
Kerjasama di antara UMNO dan Pas dibangkitkan secara komprehensif pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 sejak semalam termasuk oleh ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dengan Pemuda dilihat lebih cenderung tidak begitu menyokong kerjasama itu.
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Sabtu malam berkata UMNO akan meneruskan kerjasama dalam Gagasan Pembangkang seperti Pas atas konsep ta'awun iaitu kerjasama untuk kemaslahatan bersama, tidak terikat dan bebas dengan cara yang tersendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Sabtu malam berkata UMNO akan meneruskan kerjasama dalam Gagasan Pembangkang seperti Pas atas konsep ta'awun. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.