SHAH ALAM: Bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali meminta Perikatan Nasional (PN) supaya berhenti 'bernostalgia' apabila gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Jelasnya, gabungan itu hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan yang memerlukan jumlah majoriti sebanyak 112 kerusi.
"Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini bersama PN kerana menyangkakan BN bersedia untuk menyokong.
"Apabila menyedari bahawa ia adalah sokongan sebahagian individu wakil rakyat BN yang 'dicuri' dari pintu belakang, mereka beralih sokongan kepada PH dan BN," katanya di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan Pas menyifatkan kerajaan baharu sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia kerana tiada parti yang mempunyai kerusi cukup untuk membentuk kerajaan
Mohd Khairuddin berkata, sekiranya PN masih belum berpuas hati maka pada tarikh 19 Disember menunggu mereka untuk mengusulkan sesuatu di Parlimen nanti.
"Sementara itu terimalah keputusan pembentukan Kerajaan Perpaduan ini.
"Jika masih mahu menubuhkan kerajaan pujuklah BN menerusi pintu depan lalu akan diikuti oleh GPS dan GRS, namun berbangkit persoalan bolehkah kerajaan tersebut stabil atau mengulangi pergolakan 2020 hingga 2022?" soal beliau.
Dalam pada itu, walaupun ada yang mendakwa Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan minoriti, namun beliau melihat sebaliknya.
"Tidakkah dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili Barisan Nasional dan Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili GPS sebagai Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kerajaan ini mempunyai angka 82, 30 dan 23 sekali gus menjadikan jumlah sebanyak 135 ahli Parlimen.
"Apabila dilantik lagi menteri mewakili GRS menjadikan jumlah semua sebanyak 141 kerusi. Itu belum dikira Parti Warisan (tiga); Parti Bangsa Malaysia (satu); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu) dan Bebas (dua). Maka semuanya 148 ahli Parlimen, telah mencapai dua pertiga majoriti," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 03 2022
Mohd Khairuddin berkata, sekiranya PN masih belum berpuas hati maka pada tarikh 19 Disember menunggu mereka untuk mengusulkan sesuatu di Parlimen nanti. - Gambar fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.
Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.
Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.
Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.