Tengku Razaleigh Hamzah masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan membayangkan beliau bukan tokoh politik yang dikaitkan dalam komplot 'menggulingkan' Perdana Menteri.
Pada masa sama, tegasnya, Bekas Menteri Kewangan itu memilih pemimpin yang melakukan perkara betul dan bercakap benar kepada rakyat.
"Ya, saya masih berada dalam barisan backbenchers. Saya bukan barisan pembangkang.
"Tetapi saya harap kita semua lakukan benda yang betul dan bercakap benar serta menerangkan kepada rakyat apa yang sepatutnya," kata Ahli Parlimen Gua Musang semasa ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Gua Musang di sini hari ini.
Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada 'tokoh tertentu' dari kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan.
Namun Ahmad Zahid yang enggan mendedahkan tokoh tersebut memberitahu individu berkenaan kini mengharapkan sokongan daripada 87 ahli parlimen Pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas untuk menjatuhkan Kerajaan menggunakan 'pintu belakang'.
Tengku Razaleigh juga kelihatan berdolak-dalik apabila pemberita mengajukan beberapa soalan tambahan berkenaan isu tersebut.
"Apa pendapat kamu? Mungkin ada (komplot), mungkin tiada (komplot).
"Ia adalah satu 'berita' bagi saya," ujarnya.
Ditanya kebimbangan tokoh veteran itu terhadap lanskap politik sekarang terutama dalam UMNO, beliau menjawab: "Saya nak tengok keadaan sebagaimana ditentukan oleh perlembagaan parti, dan kita semua pemimpin mesti tunjuk bahawa kita boleh dipercayai oleh orang ramai.
"Kita kena lakukan apa yang patut, seperti mana rakyat beri mandat kepada kita. Tidak boleh lakukan perkara yang luar biasa. Kita akan timbulkan tanda tanya… tidak baik untuk parti."
Rahimah Abdullah
Sat Aug 15 2015
KU LI: Saya nak tengok keadaan sebagaimana ditentukan oleh perlembagaan parti, dan kita semua pemimpin mesti tunjuk bahawa kita boleh dipercayai oleh orang ramai.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Ku Li bayangkan tidak terlibat komplot 'guling' Najib
Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan beliau bukan tokoh politik yang dikaitkan dalam komplot 'menggulingkan' Perdana Menteri.