KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu keluar dan memasuki PKR tidak seserius berbanding jika mereka menyertai Perikatan Nasional (PN).
Katanya, menyertai PN jauh lebih serius kerana ia boleh dianggap sebagai mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada PRU14 yang lalu.
Bagaimanapun katanya, tindakan itu masih mengkhianati tanggungjawab yang diberikan kepada mereka untuk mewakili kepentingan dan perjuangan parti.
"ADUN Amanah yang melompat dan menyertai PKR adalah 'tidak serius' kerana mereka boleh berhujah atas dasar Pakatan Harapan (PH).
"Jadi, mereka tidak mengkhianati mandat yang diberikan rakyat selagi mana tidak keluar daripada PH.
"Kalau ada khianat pun, ia hanyalah khianat daripada sudut tanggungjawab parti yang telah beri kepadanya untuk mewakili kepentingan dan perjuangan parti yang ada dalam gabungan PH," katanya menerusi segmen Fokus Minggu Depan dalam Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Menurutnya, perkara itu juga merupakan bala daripada budaya politik khianat yang diperkenalkan sejak perubahan politik negara tahun lalu susulan 'Langkah Sheraton'.
Sebelum ini, lima ADUN Amanah termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti dan berhasrat untuk menyertai PKR.
Mereka masing-masing ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan serta ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.
Selain tiga ADUN dari Johor, turut didakwa bertindak keluar parti adalah dua ADUN dari Selangor.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyifatkan tindakan ADUN berkenaan adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.
Namun begitu, katanya, beliau tidak menolak tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan perbincangan atau rundingan tertentu termasuk tawaran bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"(Perkara) itu mesti ada (sebarang bentuk) perjanjian atau rundingan yang dibuat sebelum melompat (parti) dan secara logik atau rasionalnya, mustahil seseorang memilih untuk melompat parti tanpa ada sebarang rundingan.
"Kalau itu yang berlaku dan dikehendaki mereka, maka kita ucap selamat berjaya dan maju jaya. Yang pening ini adalah pengajaran buat kami untuk memilih calon yang akan bersama PH dan tetap bersama Amanah dalam PRU-15 kelak," ujarnya lagi.
Fauzi Suhaimi
Sun Feb 28 2021
Khalid tidak menolak tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan perbincangan atau rundingan tertentu termasuk tawaran bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan dari Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO
Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.
PRU15: Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam
Beliau membawa tiket bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk merampas kerusi Titiwangsa daripada Rina Harun.
PRU15: 'Dia datang atau tak, saya tetap akan muncul' - Khalid Samad
Pentas debat Wilayah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Siswa, Arus Anak Muda dan disokong oleh Undi 18 dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam esok di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu.
PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'
Amanah berpandangan Khalid merupakan calon yang paling berpotensi untuk menang di Titiwangsa.
PRU15: Khalid 'berkorban' tinggalkan Shah Alam, bakal bertanding di Titiwangsa
Pencalonan itu satu pengorbanan luar biasa, kerana Khalid akan meninggalkan Shah Alam, yang disandangnya sejak tiga penggal lepas.
Habuan lumayan menanti KL City
Ia bagi menyuntik motivasi pemain The City Boys menjelang perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab Oman, Al Seeb Sabtu ini.
Saman fitnah: Khalid Samad gagal dapat kebenaran merayu
Mahkamah mendapati permohonan Khalid tidak memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran meneruskan rayuan.