KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd melancarkan kempen 'Jom Balik Mengundi' dengan menawarkan tambang diskaun sebanyak 20 peratus untuk membantu perjalanan pengundi balik kampung, susulan pengumuman Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penumpang boleh menempah tiket bermula hari ini hingga 19 Nov untuk perjalanan antara 11 dan 27 Nov, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Diskaun 20 peratus ditawarkan untuk semua kategori tambang: Lite, Asas dan Flex untuk Kelas Ekonomi dan Asas dan Flex untuk Kelas Perniagaan.
Malaysia Airlines juga akan menambah 26 penerbangan tambahan dan mengendalikan 16 penerbangan domestik dengan pesawat A330 bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Sementara itu, Firefly Airlines akan menawarkan sehingga 70 penerbangan tambahan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih dari 17 hingga 20 Nov, dengan tambang diskaun 24 peratus dan 10 peratus masing-masing untuk penerbangan jet dan ATR.
Promosi ini sedia untuk tempahan dari hari ini sehingga 24 Okt, untuk perjalanan dari 1 Nov hingga 30 Jun tahun depan.
Penumpang MASwings dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu, boleh menempah penerbangan bermula dari RM135 untuk tambang sehala.
“Kami bersedia untuk memenuhi peningkatan jumlah perjalanan, sambil menawarkan ketersambungan yang lancar dan boleh dipercayai serta memastikan tahap keselamatan tertinggi pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka bersama kami.
"Pelanggan digalakkan untuk mengambil kesempatan daripada promosi ini dan menempah penerbangan mereka lebih awal, untuk tawaran terbaik di Malaysia Airlines, Firefly atau MASwings,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Kapten Izham Ismail.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian awal akan diadakan pada 15 Nov, manakala hari pengundian pada 19 Nov.
Astro Awani
Thu Oct 20 2022
Syarikat penerbangan itu menawarkan diskaun berkenaan selepas SPR mengumumkan tarikh pengundian awal pada 15 Nov, manakala hari pengundian pada 19 Nov.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.