Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama barisan kepimpinan parti yang tewas pada pemilihan sempena muktamar lalu bercadang untuk menubuhkan parti baharu.
Mohamad Sabu berkata, cadangan sama ada untuk menubuhkan parti atau sekadar menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun akan dibuat berdasarkan sokongan rakyat kepada mereka.
Yang pastinya, beliau berkata, jalinan kerjasama dengan DAP dan PKR akan diteruskan biarpun DAP sudah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.
“Soal parti baharu ini kami belum muktamad. Sekarang kami bergerak untuk melihat sokongan rakyat dahulu. Mungkin kita ambil masa sebulan dua untuk melihat momentumnya.
“Kita ada berbagai pilihan, sama ada NGO parti politik sedia ada atau menubuhkan parti baharu,” kata Mohamad Sabu yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu.
Beliau berkata kepada media selepas memberikan ucapan dalam majlis perjumpaan 13 bekas pemimpin PAS pusat di Markas PAS Bakri, Muar malam tadi.
Mat Sabu bercadang membuat siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan bahawa beliau akan terus bekerjasama dengan DAP walaupun parti itu tidak lagi bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN).
“(Daripada segi) hubungan dengan DAP, PKR dan NGO, kami akan terus bergabung dengan semua pihak yang ada cita-cita untuk menukar pemerintah sekarang,” kata Mat Sabu.
Menurut Mat Sabu, program di Bakri malam tadi merupakan gelombang pertama anjuran kumpulan progresif dalam PAS itu sebelum ia diteruskan pada program di negeri-negeri lain.
Antara yang dijadualkan ialah program di Pahang pada 26 Jun depan.
"Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini.
"Kami akan mencari wadah dan wadah itu sebagai vehicle (kenderaan) dan tujuannya kita membela rakyat, menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran," katanya.
Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli senada dengan Mohamad dan menyatakan akan terus berjuang membina negara biarpun tidak berjawatan.
"Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tidak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat," katanya.
Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu dengan berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.
"Sebab itulah, sama ada melalui apa-apa 'wadah' sekalipun kita akan terus membawa Islam yang rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam), Islam yang bersedia menerima dialog, Islam yang bersedia menerima apa-apa sahaja kritikan dan bersedia menjawab kritikan itu.
"Saya harap kita akan terus istiqamah dalam apa-apa sahaja 'wadah'.
"Yang penting kita mahu membentuk Malaysia baharu yang tidak melupakan agama tetapi boleh berbincang dan berdialog," kata beliau yang juga ahli parlimen Sepang.
Semalam, Jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada mesyuaratnya mencapai kata sepakat dan
mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, bersama PKR dan PAS sudah tidak lagi wujud.
BACA: Pakatan Rakyat sudah berkubur - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata keputusan yang dibuat pada muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu.
“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh tiga parti berkenaan berdasarkan konsensus dan terikat dengan rangka kerja polisi bersama, usul muktamar PAS itu jelas telah membunuh Pakatan Rakyat. Oleh itu Pakatan Rakyat tidak lagi wujud," kata Lim dalam satu kenyataan Selasa.
Astro Awani
Wed Jun 17 2015
MAT SABU: Jalinan kerjasama dengan DAP dan PKR akan diteruskan biarpun DAP sudah mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Runding cara baik, tanpa belakangkan Perlembagaan - PM
Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan.
Perjanjian Bijirin: PBB hantar cadangan pulih semula perjanjian Laut Hitam pada Rusia
PBB percaya telah membentangkan cadangan yang boleh mejadi asas untuk pembaharuan perjanjian dan ia adalah stabil.
Bursa minta maklum balas awam mengenai rangka kerja dipertingkatkan bagi penasihat pasaran utama
Bursa juga mencadangkan pindaan ke atas Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama bagi kejelasan dan konsistensi.
Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.
Mega dan megah... Jokowi kongsi cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan
Perkongsian video itu menerima jutaan komen daripada pengikut Instagram Jokowi, yang mengetengahkan pelbagai maklum balas.
Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.
Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan, tetap anjurkan
Jelas Bach, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.
Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.
Persatuan sukan kebangsaan saran skim pencen diperluaskan
Reezal Merican berkata KBS akan mempertimbangkan cadangan supaya atlet negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik mendapat skim pencen.
Kerajaan pelawa orang ramai beri cadangan untuk RMKe-12
RMKe-12 akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun 2021, cadangan boleh dikemukakan mulai 18 November hingga 2 Disember 2020.