SHAH ALAM: Mekanisme pilihan raya semula yang bertujuan untuk menangani tindakan lompat parti boleh dilaksanakan di Melaka meskipun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pengundi di Melaka perlu menyokong parti politik yang menunjukkan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Hibrid.
Beliau berkata, RUU Hibrid itu meliputi dua matlamat utama iaitu memecat wakil rakyat yang lompat parti dan pelaksanaan mekanisme pilihan raya semula yang membolehkan pengundi memecat ahli Parlimen melalui petisyen yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“RUU itu memerlukan pindaan dalam Perlembagaan Negeri dan ini hanya akan berlaku jika pihak yang menyokong RUU Hibrid memenangi majoriti dua pertiga kerusi di antara mereka.
“Pihak yang bertanding boleh berjanji untuk menggubal RUU Hibrid ini dalam manifesto mereka dan tidak menerima ‘katak’ (wakil rakyat lompat parti)
“Begitu juga, calon yang bertanding boleh membuat 'ikrar anti lompat', berjanji tidak akan melompat selepas pilihan raya,” katanya menerusi poster yang dikongsikan menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Ahad.
Azalina yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, beliau akan mengemukakan RUU Hibrid kepada Parlimen pada Isnin ini.
Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu juga berkata, RUU Hibrid berkenaan tidak akan memberikan kesan kepada kedudukan wakil rakyat yang melompat parti sekiranya pengundi di kawasan itu didapati bersetuju dengan langkah ahli Parlimen tersebut melalui petisyen dijalankan.
Pada 2 November lalu, Azalina mencadangkan RUU Regulasi Lompat Parti dan Akauntabiliti Politik atau dikenali sebagai RUU Hibrid dilaksanakan di Melaka.
Pada masa sama, beliau pada 1 September lalu mengemukakan satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bertajuk RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 14 2021
Azalina berkata, RUU Hibrid itu meliputi dua matlamat utama iaitu memecat wakil rakyat yang lompat parti dan pelaksanaan mekanisme pilihan raya semula. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Mekanisme halang lompat parti boleh dilaksana selepas PRN Melaka
Azalina berkata, pengundi di Melaka perlu menyokong parti politik yang menunjukkan komitmen membentangkan RUU Hibrid.