KUALA LUMPUR: "Tidak ada apa-apa, bincang isu semasa sahaja. Banyak isu semasa yang dibincangkan."

Itu jawapan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditanya intipati mesyuarat melibatkan Ketua Bahagian UMNO dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato' Onn, di sini, pada Isnin.

Meskipun ditanya berulang kali, Ahli Parlimen Kinabatangan itu tetap mengulang jawapan sama: "Bincang isu semasa sahaja."

Beliau ditemui ketika meninggalkan Menara Dato' Onn kira-kira pukul 2.25 petang tadi.

Sebelum beredar, Bung Moktar juga memberitahu pemberita beliau akan kembali semula ke mesyuarat tersebut pada pukul 5.30 petang ini.