KUALA LUMPUR: Ruang masa depan secara virtual atau maya bukan lagi satu cerita dongeng dan kewujudan metaverse ternyata memberi satu dimensi baharu khususnya kepada pengguna sosial media secara keseluruhan.
Syarikat gergasi media sosial, Facebook yang kini dijenamakan semula sebagai Meta Platforms tampil menyahut cabaran metaverse bagi membolehkan penggunanya terus kekal berhubung, mengembangkan perniagaan serta membina komuniti baharu.
Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pemilihan nama Meta dilihat memiliki hubungan yang jelas dengan metaverse sekali gus menggambarkan komitmen untuk membina teknologi sosial menerusi apa yang ditampilkan oleh keterhubungan digital pada hari ini.
“Kami mempunyai nama syarikat yang baharu, namun misi kami tidak berubah. Fokus Meta adalah untuk membantu membina metaverse dan membolehkan orang ramai saling berhubung, mencari komuniti dan mengembangkan perniagaan.
“Apabila kita merujuk kepada metaverse, kita sedang bercakap mengenai masa depan bahawa individu merupakan tumpuan utama teknologi. Untuk aplikasi Facebook, fokus kita kekal sama, kita mahu menjadikan aplikasi tersebut sebagai sesuatu yang memberi pengalaman terbaik untuk orang ramai berinteraksi,” katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Sebagai rekod, metaverse membawa maksud rangkuman dunia maya dan fizikal yang membolehkan pengguna meneroka ke pelbagai tempat tanpa perlu memikirkan soal jarak serta lokasi.
Seseorang individu boleh bertemu dengan pengguna internet yang lain meskipun tidak berada di dalam ruang fizikal yang sama.
Metaverse disokong oleh beberapa subset iaitu virtual reality (realiti maya), augmented reality (realiti perantara) dan juga internet.
“Kumpulan dan komuniti dalam Facebook memainkan peranan penting dalam misi metaverse untuk merasai pengalaman yang menarik.
“Apabila kita tidak dapat bersama secara fizikal, metaverse akan membawa kita dengan lebih dekat sekaligus memberikan impak sosial yang positif,” jelasnya.
Dalam pada itu, dari segi perniagaan, menurut Nicole, metaverse bukan sesuatu yang dibangunkan secara segera, namun ia bakal memberi impak ekonomi yang saksama kepada perniagaan tidak kira besar atau kecil.
Katanya, metaverse dari segi Meta akan menjadi peluang terbesar untuk perniagaan moden sejak wujudnya capaian internet.
Ia akan membantu mengembangkan perniagaan sama ada di Facebook, Instagram atau Whatsapp.
“Jadi peniaga boleh menggunakan metaverse dengan membina saluran perniagaan baharu melalui Facebook shop atau Instagram shop kerana aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger akan kekal relevan di metaverse pada masa depan.
“Sebagai contoh, bayangkan kedai anda di Instagram di dalam ruangan metaverse, peniaga boleh memperlihatkan perniagaan mereka menerusi realiti pengantara dan realiti maya,” katanya.
Menurut Nicole, Meta meletakkan sasaran agar pada masa akan datang, metaverse akan mencecah bilangan satu bilion pengguna selain menjadi platform perdagangan digital dengan transaksi bernilai ratusan bilion dollar.
“Kami masih berada di peringkat permulaan dan banyak lagi teknologi serta infrastruktur yang perlu dibina. Saya rasa ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun lagi untuk visi metaverse menjadi kenyataan.
“Bagaimanapun, untuk menjayakan apa metaverse, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh Meta dan juga industri. Akses internet perlu pantas dan stabil serta mampu dimiliki oleh semua.
“Selain itu, negara juga perlu mengembangkan inovasi teknologi agar ia dapat diketengahkan secara profesional dan terakhir sekali mempertingkatkan kemahiran teknologi,” ujarnya.
Meneruskan kelangsungan hidup dalam norma baharu sejak dunia dilanda pandemik COVID-19 secara tidak langsung memperlihatkan betapa pentingnya peranan teknologi pada hari ini.
“Peranan digital semakin penting untuk kelangsungan perniagaan..jadi tidak hairan jika permintaan pekerjaan berkaitan digital meningkat hampir tiga kali ganda.
“Jadi kami melihat ekosistem teknologi realiti pengantara akan terus berkembang dan permintaan untuk bakat profesional juga semakin meningkat,” katanya.
Sahlizah Mohamed
Sun Dec 26 2021
Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pemilihan nama Meta dilihat memiliki hubungan yang jelas dengan metaverse. - Foto Meta Malaysia
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.