Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju agar perbincangan mengenai isu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dinamakan sebagai calon perdana menteri, dirujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, menjelaskan perkara berkenaan perlu dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH bagi mendapatkan keputusan bersama.

Katanya JKP Amanah mengambil maklum bahawa cadangan menamakan Presiden Warisan itu sebagai perdana menteri adalah untuk mencari penyelesaian kepada usaha mencukupkan sokongan Ahli Parlimen bagi PH membentuk semula kerajaan.

"Setelah mengambil pandangan daripada semua ahli-ahli mesyuarat, JKP Nasional Amanah menganggap bahawa persoalan ini perlu diputuskan bersama dalam Majlis Presiden PH demi menjamin kesepakatan dan kebersamaan dalam menangani persoalan ini.

"Mesyuarat menegaskan persoalan mengambil kembali kerajaan adalah sesuatu yang perlu diutamakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri turut dipersetujui beberapa pemimpin kanan PH.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak rasmi pada 25 Jun lepas di Rumah Tamu Sabah, Kuala Lumpur, antara Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

BACA: Shafie sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM 1 dan 2 - Tun Mahathir

B
ACA:
Mohd Shafie calon PM: Perlu dibincang di peringkat kepimpinan pusat DAP, Amanah