PERSEFAHAMAN rentas parti membantu kestabilan - tidak lebih, tidak kurang.
1. Untuk apa MoU ini?
Persefahaman di antara blok Kerajaan dan pembangkang adalah sejajar dengan tuntutan semasa iaitu kestabilan politik sehingga PRU 15.
2. Adakah persefahaman ini bermakna Kerajaan = Pembangkang? UMNO sudah bersama dengan parti lain?
Sepertimana disebut oleh Anthony Loke sendiri, ini tidak bermaksud pembangkang akan berhenti menjadi pembangkang, jauh sekali menjadi sebahagian Kerajaan.
Saya yakin pembangkang masih akan menjalankan peranan mereka mengkritik dan memberi semak imbang kepada Kerajaan. Mereka tidak akan lepaskan lesen tersebut.
Sama juga bagi pihak Kerajaan, persefahaman ini tidak bermaksud kita terus memadam sebarang perbezaan antara parti, ataupun berkongsi kuasa memutuskan sesuatu.
Keputusan akhir apa sahaja dasar masih di tangan Kerajaan - dan pembangkang juga memahami hakikat ini.
3. Kalau masih Kerajaan yang control, dan pembangkang tetap pembangkang, untuk apa tandatangan MoU?
Pengisian penuh persefahaman ini akan diteliti. Namun, di peringkat awal, ia memberi harapan bahawa Kerajaan dan pembangkang dapat bekerjasama mengamalkan demokrasi bermusyawarah terutamanya dalam Parlimen ke arah melahirkan keberhasilan yang terbaik untuk rakyat melalui kestabilan politik.
Contohnya, dengan pembabitan pembangkang dalam jawatankuasa pilihan khas di Parlimen. Atau pembabitan dalam pelan memerangi COVID-19.
Walaupun yang buat keputusan tetap Kerajaan, dengan pembabitan pembangkang dalam perbincangan atau idea, tentunya ia membantu ke arah mereka menyumbang kepada kestabilan politik yang menjadi isu pokok kebelakangan ini.
Dari segi konsepnya, kerjasama bipartisan bukan perkara baharu - cuma kali ini diperhebat dan kaedahnya lebih formal daripada biasa.
4. Apa lagi tujuan MoU ini selain kestabilan politik?
Sebahagian dari reformasi institusi yang lewat ini juga semakin banyak diperjuang oleh UMNO dan pemimpinnya seperti DS Azalina Othman, akan dapat dilaksanakan.
Sebelum ini soal reform dan pembaharuan kerap dilaungkan oleh Pakatan Harapan, tetapi kali ini UMNO boleh lebih kehadapan mempeloporinya.
5. Adakah ini bermaksud "No DAP No Anwar" sudah lapuk?
Apa yang disebut di PAU bukan sekadar No DAP, No Anwar untuk PRU15. Malah juga disebut No PPBM. Jika ada sebarang perubahan dasar, ia hanya boleh dibuat oleh PAU atau MKT.
Seperti disebut di atas, persefahaman ini bukan kerjasama untuk berkongsi kuasa dengan PH, jauh sekali untuk mengangkat mereka menerajui negara.
Ia untuk kestabilan politik pada situasi unik sekarang; buat masa sekarang, tidak lebih, tidak kurang dari itu.
6. Adakah begitu mudah kita percaya dengan PH?
Tahap skeptikal antara Kerajaan dan Pembangkang tidak hilang sekelip mata. Masing-masing akan melihat tindakan pihak lain.
Masih ada ruang untuk PH tidak mengotakan janji membantu Kerajaan - jadi amat bersetuju dengan DS Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan agar Kerajaan berwaspada.
Ia bukan lesen untuk selesa di tampuk kuasa menganggap takkan dikritik mahupun dibangkang.
7. Siapa yang mendapat kelebihan melalui MoU ini? Adakah UMNO atau PH?
Utamanya, diharapkan rakyat dan negara mendapat keuntungan persefahaman ini melalui dasar yang dilaksana dan kestabilan yang tercapai, jika pun untuk seketika.
Kedua, hal PH itu biarlah wakil PH yang hujahkan, sama ada mereka mahu dilihat matang, berkorban demi rakyat atau naratif lain - masih belum jelas setakat ini.
Tetapi dari sudut UMNO dan BN, kita mampu mendapat kelebihan kerana buat ketika ini Kerajaan pimpinan UMNO diberi ruang mentadbir.
Jika orang lain mahu menyokong pentadbiran UMNO atas sebab mereka sendiri, dan selagi kita boleh merasionalkan tuntutan mereka tidak mencederakan rakyat atau melangkaui batasan parti, kita uruskanlah ke arah kelebihan sendiri juga.
Apapun, segalanya masih tertakluk kepada prestasi Kerajaan dan pengadilan rakyat.
Persefahaman apa sekalipun, jika Kerajaan tidak menggunakan peluang yang ada berkhidmat dengan baik, UMNO juga yang akan dihukum PRU15.
Namun, jika Kerajaan berprestasi cemerlang, imej UMNO juga meningkat.
Jadi bagi orang UMNO, ada baik kiranya memberi peluang dan ruang melihat sebarang persefahaman yang memperkuat kedudukan Kerajaan pimpinan UMNO sekali gus mampu membantu meningkatkan kebarangkalian prestasi yang baik.
Wallahua'lam.
SHAHRIL HAMDAN
Shahril Sufian Hamdan
Tue Sep 14 2021
SHAHRIL: Persefahaman di antara blok Kerajaan dan pembangkang adalah sejajar dengan tuntutan semasa iaitu kestabilan politik sehingga PRU 15. -Gambar fail
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
MOU Rentas Parti: Berkesan atau tidak, rakyat tetap adili prestasi kerajaan - Shahril Hamdan
Dari segi konsepnya, kerjasama bipartisan bukan perkara baharu - cuma kali ini diperhebat dan kaedahnya lebih formal daripada biasa.