Najib adakan sidang media khas jam 11 pagi

Astro Awani
Mei 9, 2018 18:42 MYT
Memetik portal berita Malaysiakini, wakil media Najib, Joan Lai mengesahkan perkara itu di kediaman Najib di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini hari ini. - Gambar fail
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini.
Memetik portal berita Malaysiakini, wakil media Najib, Joan Lai mengesahkan perkara itu di kediaman Najib di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini hari ini.
"Satu sidang media akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada jam 11 pagi (Khamis)," katanya.
Portal itu turut melaporkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat melawat Najib di kediamannya malam tadi.
#Barisan Nasional #Hishammuddin Hussein #Khairy Jamaluddin #Malaysia Memilih #Malaysiakini #Media #Najib Razak #pilihan raya #pilihan raya umum #Tengku Adnan Tengku Mansor #Zahid Hamidi