KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula esok hingga Sabtu ini, menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara.
"Semoga Allah SWT merahmati setiap bibit perjuangan parti keramat UMNO dan mengangkat darjat kebesaran maruah bangsa dan negara. UMNO, sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air," katanya yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera.
Perhimpunan itu yang akan berlangsung secara bersemuka, dijangka dihadiri seramai 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.
Pada Disember lepas, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang sepatutnya berlangsung dari 13 hingga 15 Jan lepas.
Penangguhan itu adalah susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
AGC, UMNO bantah tiga individu cabar kelulusan dua jawatan utama UMNO tidak dipertanding
Bantahan adalah dengan alasan keputusan yang dicabar oleh ketiga-tiga pemohon tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana keputusan Menteri tersebut berkaitan keputusan parti politik.
3 ahli BN cabar keputusan dua jawatan utama UMNO tidak dipertandingkan
Ia turut menyentuh deklarasi supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingan dalam masa 30 hari dari tarikh penghakiman.
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.
Bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan, bermulanya PAU 2023
Sang Saka Bangsa dinaikkan Presiden UMNO dengan kehadiran semua kepimpinan parti.
PAU2023: Wujudkan elaun sewa rumah, teliti kadar siling sewaan - Dr Akmal
Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan elaun sewaan rumah serta mengkaji pelaksanaan harga siling bagi kadar sewaan rumah.
Pindaan perlembagaan UMNO bolehkan permohonan keahlian dibuat dalam talian - Zahid
Perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.
UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
PAU 2023: DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
Teo Nie Ching berkata, setiap sayap parti mempunyai pandangan, pendekatan dan kaedah berbeza yang perlu difahami setiap parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.