KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diwujudkan di Sabah secara rasminya hari ini melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia dengan pelancaran parti itu di peringkat nasional.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin parti itu berada pada landasan yang tepat menerusi kerjasama dengan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Meneruskan perjuangan pemimipin terdahulu katanya, beliau mahu membina sebuah negara yang tidak berlandaskan hanya kepada kaum dan agama.
"Kita mahu sediakan satu landasan peralihan daripada sistem politik kepartian yang berasaskan kaum dan agama kepada satu landasan yang lebih inklusif dan juga pelbagai kaum.
"Kita sudah lebih 60 tahun merdeka (namun) masih lagi dibangkitkan dengan persoalan kaum, orang Melayu di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada UMNO, Islam di Malaysia kita tidak akan lumpuh kalau tidak ada Pas, orang Iban tidak akan mati di Malaysia kalau tidak ada DAP.
"Mana ada UMNO di Indonesia, mana ada Pas di Brunei, mana ada DAP di China? Tidak ada," katanya ketika berucap pada majlis perasmian di peringkat nasional di ibu negara, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, Malaysia perlu melakukan penstrukturan semula dengan mengubah demografi politik menjelang PRU15 nanti.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Semporna itu sekali lagi mengakui dirinya tidak pernah obses untuk menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya, beliau berkecimpung dalam politik untuk berkhidmat kepada negara.
Umavathi Ramayah
Fri Dec 17 2021
Mohd Shafie Apdal yakin Warisan berada pada landasan yang tepat. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah - Shafie Apdal
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.
20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai kerana kurang pekerja
Sekurang-kurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.
Parlimen: Tiada langkah basmi kemiskinan di 8 daerah Sabah - Mohd Shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembinaan LPB di Sabah amat lambat berbanding di Sarawak.
Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.
Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sebaliknya, katanya, surat itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.