PUTRAJAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan antara pemimpin kedua-dua gabungan secara tidak formal.
"Buat masa sekarang, untuk berdepan dengan PRN aspek penggunaan logo ini adalah dalam domain keputusan gabungan politik itu sebab UG (Kerajaan Perpaduan) tidak ada logo. Antara tiga kerangka itu ialah jawatankuasa pilihan raya yang secara kebetulan bakal menghadapi PRN dan Majlis Rundingan berbincang serta menumpukan berkenaan agenda pilihan raya.
“Di peringkat PH dan BN, rundingan tentang formula agihan kerusi telah pun dibuat. Ia tidak selesai lagi, kena ada siri-siri rundingan dan kami bersetuju dengan beberapa parameter yang akan memandu proses perundingan agihan kerusi.
“PH dan BN ada logonya jadi dalam konteks itu Pengerusi BN yang juga Presiden UMMO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan sebab dalam domain BN. Kami berjumpa hampir setiap hari termasuk perkara ini (isu logo). Jadi ia ada dalam pengetahuan sebab kita bersembang dan jumpa di Parlimen bertanyakan sambutan di Kedah, Pulau Pinang selain isu anjakan pengundi Melayu,” katanya dalam sesi dialog Menteri Dalam Negeri bersama media di sini, pada Rabu.
BACA: UMNO guna lambang dacing pada PRN enam negeri - Ahmad Zahid
BACA: PRN: Rundingan pembahagian kerusi kali ini lebih kompleks - Ka Siong
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, ada tiga kerangka yang membantu Kerajaan Perpaduan bergerak selain sebagai platform membuat keputusan dasar tentang hala tuju kerajaan.
Ahmad Zahid sebelum ini mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
Astro Awani
Wed Mar 29 2023
Saifuddin berkata, ada tiga kerangka yang membantu Kerajaan Perpaduan bergerak selain sebagai platform membuat keputusan dasar tentang hala tuju kerajaan. - Gambar fail/ Bernama
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Sekretariat Perpaduan bincang perkukuh jentera PRK DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin Nasution
Hasil mesyuarat yang dipengerusikan Saifuddin Nasution malam tadi akan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
300 kanak-kanak warga asing ditempatkan di tiga Baitul Mahabbah
Baitul Mahabbah itu terletak di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Saifuddin tidak pernah lihat, tiada maklumat adendum Najib
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa mempunyai pengetahuan mengenai dokumen tambahan dalam adendum berkenaan.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.