KUALA LUMPUR:Mana-mana parti mahupun ahli parlimen berhak untuk mengemukakan usul termasuk Usul Tidak Percaya untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Kinabatangan, pihak yang mengemukakan usul itu perlu juga arif dan faham yang mana peraturan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan Kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.

Dalam era politik norma baharu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, beliau menghormati pendirian ahli parlimen (mengemukakan usul) tetapi ia perlu mengikuti peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

"Memang dalam peraturan Dewan Rakyat urusan kerajaan perlu didahulukan. Itu adalah prosedurnya. Urusan-urusan lain itu (boleh dibahaskan) setelah selesai urusan kerajaan dilaksanakan.

"Setiap ahli parlimen dibenarkan untuk membawa usul sama ada ia melalui parti atau individu Kita menghormati pendirian ahli parlimen (mengemukakan usul).. cuma peraturan itu perlu diikuti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

BACA: Tengku Razaleigh gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya

BACA: Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar usul tidak percaya yang dibawa oleh Dr Mahathir dikemukakan di Dewan Rakyat.

Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar pada 25 September lalu.

Dalam pendedahan yang sama, turut dilampirkan adalah jawapan Azhar kepadanya dalam surat bertarikh 29 September, yang menerangkan dakwaan bahawa Perdana Menteri tidak membenarkan usul tidak percaya dibahaskan dengan menyenaraikan di penghujung Aturan Urusan Mesyuarat, adalah tidak benar.

Azhar dalam surat itu menjelaskan, Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.

BACA: Azhar nafi PM halang usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat