KOTA BHARU: Pas akan meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau bagaimanapun berkata parti itu belum membuat keputusan mengenai nama calon dan bilangan kerusi yang bakal ditandingi.
Katanya pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa induk bagi PRN Melaka yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Ia memang menjadi hasrat Pas untuk bertanding tetapi mengenai calon dan berapa kerusi, termasuk konsep yang akan digunakan, ia belum diputuskan lagi tetapi kita memang akan ambil bahagian.
"Kita juga mengharapkan pelaksanaan PRN Melaka nanti akan berteraskan muafakat sebagaimana di peringkat persekutuan. Semua parti bersatu tidak ada pertembungan antara satu sama lain.
"Kita akan bersama dengan semua parti yang bersama dengan kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas kawasan Kota Bharu kali ke-54 di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pas bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN secara solo di Melaka.
"Walaupun kita tidak menang tetapi ia telah menunjukkan prestasi yang baik di beberapa kerusi di tempat yang kita bertanding," katanya.
Sebelum ini media melaporkan DUN Melaka terbubar pada 4 Okt lalu selepas Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinannya.
Empat ADUN yang mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Mengenai Muktamar Tahunan Pas Ke-67 pada tahun ini, Takiyuddin berkata ia akan diadakan secara hibrid mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.
"Pada tahun ini semua peringkat ada pemilihan. Tempat utama muktamar ini akan diadakan di Terengganu, bagi Pas Kota Bharu dijangka seramai 270 ahli akan hadir secara fizikal," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Takiyuddin berkata pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa induk bagi PRN Melaka yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Gambar fail
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.
PN tumpu bahas Ekonomi Madani pasca PRN - Dewan Pemuda PAS
Bergerak ke hadapan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.