KUALA LUMPUR: Pas kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini.
Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, pandangan itu telah disuarakan sejak sekian lama, dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, jika perkara itu kembali berbangkit.
Katanya lagi, pandangan Pas berlandaskan kenyataan pihak berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri berkemungkinan dilanda banjir besar pada penghujung tahun ini.
“Kita (Pas) beri pandangan bahawa dalam suasana hari ini, tak perlu diadakan PRU, terutamanya dekat banjir, yang kita tahu dah, akan ada banjir. Nanti ia akan menyukarkan kalangan agensi kerajaan untuk menguruskan pilihan raya (sewaktu banjir),” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Menara Tabung Haji, di sini hari ini.
Idris berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan membangkitkan soal penentuan tarikh PRU dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
"Saya akan bawa dalam Kabinet juga. Apa yang disebutkan oleh semua pihak. Kalau (Tan Sri) Muhyiddin kata nak PRU15 cepat, tidak kira sebab, kita akan bincang dalam Kabinet kerana ada wakil dalam Kabinet. Ada wakil Bersatu, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan UMNO.
"Kita akan bawa dalam mesyuarat Kabinet. Secepat mungkin, mungkin lebih mendahului daripada Top 5. Hari Rabu ini akan ada mesyuarat Kabinet sebelum saya berlepas ke UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Mungkin saya boleh bawa dalam mesyuarat Kabinet minggu ini,” kata Perdana Menteri pada Selasa.
Mengulas lanjut, Idris berkata, Pas juga kekal konsisten dengan pendirian sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, tidak akan dibubarkan, sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini.
Firdaus Azil
Tue Sep 20 2022
Idris berkata, pandangan itu telah disuarakan sejak sekian lama, dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, jika perkara itu kembali berbangkit. - Gambar fail
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.
PN tumpu bahas Ekonomi Madani pasca PRN - Dewan Pemuda PAS
Bergerak ke hadapan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.