Pas sedia 'berperang' pada PRU14

Atiqah Ismail
April 6, 2018 09:54 MYT
PAS sudah bersedia lebih awal bagi menghadapi PRU kali ini. - Foto BERNAMA
Meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) belum diumumkan tetapi Pas dilihat sudah bersiap siaga untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum tersebut.
Bukan mahu mendabik dada, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu hanya menanti pengumuman rasmi tarikh penting bermulanya PRU14.
“Kami sudah bersedia pada bila-bila masa. Kami juga sudah menjangkakan Parlimen bakal dibubarkan pada bila-bila masa dan telah melakukan persediaan awal.
“Bermula daripada pelancaran manifesto sebelum ini sama ada di peringkat pusat dan negeri selain semua calon-calon sudah bersedia untuk bertanding selepas diluluskan Majlis Syura Ulama,” kata Hadi Awang dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini.
Selain itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memaklumkan, Pas bakal bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi pada PRU14.
BACA: Kelantan bubar DUN serentak dengan Parlimen esok
BACA: Parlimen dibubar esok
#Abdul Hadi Awang #Ahli Parlimen Marang #isu semasa #Malaysia Memilih #parlimen bubar #PAS #PRU