KUANTAN:Pas yakin aspek penularan wabak COVID-19 menjadi pertimbangan kerajaan, dalam keputusan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata kebimbangan utama ialah, kemungkinan berlaku peningkatan kes COVID-19 apabila pilihan raya diadakan, mengambil kira apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlangsung, baru-baru ini.
"Situasi PRN Sabah telah mencetuskan gelombang baru kes COVID-19 di Semenanjung dan keadaan ini perlu diambil kira jika mahu mengadakan PRU15, dalam masa terdekat," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran 2020 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Hari ini, sebuah media tempatan melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berharap PRU-15 tidak diadakan dalam masa terdekat, berikutan peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan.
Beliau berkata walaupun SPR bersedia untuk melaksanakan pilihan raya, namun berharap ia diadakan selepas situasi COVID-19 di negara ini terkawal, kerana penularan wabak itu tetap berlaku di PRN Sabah walaupun pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan.
Sementara itu di PUTRAJAYA, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Rosol Wahid berkata, apa sahaja keputusan yang dibuat UMNO diharapkan tidak akan menjejas apa yang dinikmati pada rakyat hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakyat, beliau mendapati rata-rata mereka berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Rata-rata tempat yang saya pergi rakyat gembira dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, jadi kalau kita wujudkan suasana yang tidak selesa ditambah dengan keadaan COVID-19 yang tidak selesai, saya rasa rakyat akan muak dan benci kepada kita," katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta Presiden parti itu untuk memikirkan hala tuju UMNO, hari ini.
"Bagi saya itu merupakan urusan dan keputusan UMNO, dan kita sebagai parti yang memerintah termasuk Pas akan menyambut baik apa sahaja yang mereka buat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020
Tuan Ibrahim berkata, kebimbangan utama ialah kemungkinan berlaku peningkatan kes COVID-19 apabila pilihan raya diadakan. -Gambar fail
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.
PN tumpu bahas Ekonomi Madani pasca PRN - Dewan Pemuda PAS
Bergerak ke hadapan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.