KUALA LUMPUR: Ahli Barisan Nasional (BN) mula tiba di ibu pejabat Menara Dato’ Onn di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), sebentar tadi.

Kehadiran mereka dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual berlangsung pada pukul 11 pagi.

Antara yang terawal ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang memasuki lobi Menara Dato’ Onn sekitar jam 9.50 pagi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Titiwangsa itu ketika diajukan soalan apakan akan ada majlis tandatangan surat akuar bersumpah, namun beliau tidak mendedahkan apa-apa kepada media.

Selain itu, turut dilihat hadir ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon.

Setakat semalam, difahamkan BN belum mencapai kata putus untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.


BERITA LANJUT MENYUSUL…