KUALA LUMPUR: Para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 perlu memanfaatkan peluang perbahasan dengan mengemukakan cadangan bernas berkaitan isu rakyat, serta perjuangan parti dan bersifat terbuka yang pastinya menarik perhatian ramai pihak.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perbahasan bukan saja isu berkait politik, sebab isu semasa yang rakyat mahu melihat ialah adalah selain daripada isu politik, isu pemulihan ekonomi, yang mahu dilakukan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO di peringkat Persekutuan.
"Rakyat mahukan pemulihan ekonomi lebih cepat dan aktiviti orang cari makan, pendapatan boleh digerakkan. Saya ingat pembahas boleh memberi cadangan yang baik kepada kerajaan, selain bercakap pasal moratorium, mikro kredit, apa benda lagi yang boleh (kerajaan laksanakan)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mahdzir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat bersama wakil pembahas negeri, yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Ditanya sama ada terdapat usul berkaitan menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri serta hala tuju Muafakat Nasional (MN) yang dirintis bersama PAS, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata usul berkenaan ada diusulkan oleh UMNO bahagian.
"Ada macam-macam usul... (ada) usul yang sokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, kemudian usul berkaitan pilihan raya (bilakah) masa sesuai, serta usul berkait dengan kekuatan UMNO (bergerak) secara solo tanpa berpakat dengan org lain. (Hala tuju MN) ada tapi very mild," katanya.
Nada sama turut disuarakan Ahmad yang menyatakan bahawa perbahasan mestilah merangkumi isu berkaitan ekonomi, politik, agama, pendidikan dan antarabangsa.
"Jadi jangan hanya tumpu pada isu politik (sahaja) oleh kerana kita sebahagian dari pemerintahan dan Perdana Menteri dari UMNO, bererti cadangan-cadangan yang kita inginkan daripada pembahas sebab cadangan itu akan dicatat oleh pihak kerajaan.
"Jika dahulu bila kita bukan kerajaan, kita bagi cadangan orang tak terima...sekarang ini dalam perhimpunan agung, tentu ada wakil-wakil daripada agensi kerajaan, kementerian yang hadir mendengar ucapan, dan oleh itu kita nak cadangan bernas apa yang patut dibuat oleh kerajaan" katanya.
Seramai 18 jurucakap meliputi wakil daripada negeri, Wanita, Pemuda, Puteri, siswa berbahas pada perhimpunan itu dengan menampilkan jurucakap daripada veteran UMNO dijemput sebagai pembahas buat julung kalinya.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung empat hari bermula esok, akan dimulakan dengan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka esok, disusuli dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap itu pada Khamis.
Perhimpunan kemudian diteruskan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat, dan diteruskan hingga Sabtu sebelum menutup tirai dengan penggulungan pemimpin parti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Mahdzir berkata isu yang rakyat mahu melihat ialah adalah selain daripada isu politik, isu pemulihan ekonomi, yang mahu dilakukan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO di peringkat Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan PRN dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.
PAU 2021: Bahas cadang pembaikan isu rakyat, perjuangan parti - Mahdzir
Para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 perlu memanfaatkan peluang perbahasan dengan mengemukakan cadangan bernas berkaitan isu rakyat.
Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.