PRN Sabah: PBS nafi sokong Warisan Plus bentuk kerajaan negeri

Assim Hassan
September 27, 2020 03:30 MYT
JONISTON: PBS masih lagi rakan sekutu GRS dan kekal teguh dengan parti PN dan BN.
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-sekerasnya bahawa parti itu bersama dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai menegaskan, parti itu masih teguh bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
“Saya ingin mengulas mengenai desas desus yang menyatakan kami (PBS) menyertai Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.
“PBS masih lagi rakan sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kekal teguh dengan parti PN dan BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PBS berjaya memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala rakan dalam GRS seperti PN menang 17 kerusi dan BN 14 kerusi.
BACA: LAPOR LANGSUNG: GRS menang majoriti 38 kerusi
BACA: LAPOR LANGSUNG: Sehari selepas PRN Sabah - Apa seterusnya?
BACA: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH, KLIK DI SINI
#Warisan Plus #Sabah Memilih #PRN Sabah #Sabah #kerajaan negeri #PBS #joniston bangkuai #Barisan Nasional #Perikatan Nasional #Gabungan Rakyat Sabah #GRS #nafi #sokong