Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi Urusetia Penubuhan Parti masih belum mengedarkan sebarang borang keahlian kepada orang ramai bagi menerima permohonan menyertai atau menjadi ahli parti berkenaan.
Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan itu ialah bagi mematuhi peraturan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih menjalankan proses pendaftaran parti itu.
Bagaimanapun, menurut beliau, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
Tegasnya, butiran berkenaan akan diambil kira sebagai permohonan untuk menjadi ahli parti itu.
Susulan itu, tegas Mukhriz, sebarang borang yang diedarkan secara fizikal atau atas talian yang tidak dikeluarkan Urusetia Penubuhan Parti, tidak diiktirat sebagai borang rasmi.
Semua yang berminat menjadi ahli Pejuang juga diminta untuk berurusan secara langsung dengan Urusetia Penubuhan Parti selain menantikan borang secara atas talian yang akan disiarkan dalam masa terdekat.
Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo pada 19 Ogos lalu.
Mukhriz menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Selain Mukhriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang termasuk Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nuhairi Ahmad.
Abd Hadi Che Awang
Tue Sep 01 2020
Menurut Mukhriz, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
Bekas pemimpin Pas dan Bersatu bersama 200 ahli akan sertai Amanah
Dua orang bekas pemimpin utama Pas dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai Parti Amanah, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan
Menurut Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng, sebanyak 50 borang keahlian yang lengkap dari bekas ahli PKR itu diserahkan kepada pihaknya hari ini.
Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz
Satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
Bekas Ketua Menteri Melaka sertai Bersatu
Tujuannya menyertai Bersatu bukannya untuk kembali bergiat aktif dalam politik tetapi atas dasar sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang rakan baik.
Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR
Kesemua mereka termasuk dua Anggota Parlimen Bebas secara rasmi sertai PKR dan telah menyerahkan borang keahlian.