SHAH ALAM: Hanya lima peratus atau kira-kira 15,000 daripada 300,000 pemilih yang akan mengundi dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 berdaftar secara dalam talian setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terlalu rendah berbanding sasaran awal 100,000 dan pihaknya mengharapkan ia meningkat kepada sekurang-kurangnya 80,000 menjelang tarikh akhir pendaftaran mengundi secara dalam talian pada 21 April ini.
Menurutnya, walaupun pengundian dilakukan secara hibrid iaitu fizikal dan dalam talian, tetapi pihaknya menggalakkan anggota parti yang ingin mengundi mendaftar dalam talian.
“Kita galakkan anggota parti menggunakan digital kerana sistem itu dapat mengemaskini keanggotaan yang terkini dan lengkap serta memudahkan pemilihan.
“Selain itu, ia dapat mengurangkan kesesakan sewaktu pengundian dan kemungkinan kekecohan yang mungkin berlaku serta mengurangkan kos.
Setakat ini, kita hanya wajibkan calon dan pencadang sebagai pengundi atas talian (PAT),” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.
Sementara itu katanya, proses bantahan terhadap calon dalam pemilihan kali ini telah ditutup pada Jumaat dan pihaknya kini dalam proses mengumpul dan melihat bantahan-bantahan yang telah dibuat.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 17 2022
Zaliha berkata jumlah itu terlalu rendah berbanding sasaran awal 100,000. -Gambar fail/Bernama
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Pemilihan PKR 2022: Hanya 15,000 berdaftar dalam talian
Jumlah itu terlalu rendah berbanding sasaran awal 100,000 dan pihaknya mengharapkan ia meningkat kepada sekurang-kurangnya 80,000 menjelang tarikh akhir pendaftaran.
E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.