KUALA LUMPUR: Gendang belum dipalu namun bahang pilihan raya semakin dirasai apabila parti-parti politik mula mengorak strategi dan menggerakkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Bukan itu sahaja, serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan. Tambah menyedihkan adalah tindakan menyerang 'sekutu' sendiri dan memberi pihak lawan 'bola tanggung' untuk mengkritik serta mewujudkan persepsi buruk.
Keadaan itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa membuat kenyataan terbuka meminta agar ahli parti sekutu Barisan Nasional (BN) serta UMNO tidak menyerang antara satu sama lain, dan mengibaratkan "serangan terhadap saya bererti melemahkan kepimpinan BN".
Beberapa pemerhati politik berpandangan bercakaran sesama sendiri tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya hanya merugikan parti dan kerajaan sendiri tatkala berada di saat akhir persiapan untuk berperang melawan musuh.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pemimpin parti tidak sepatutnya bercakaran dengan membuat serangan peribadi dalam berpolitik kerana ia adalah pendekatan tidak sihat dalam konteks politik Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
"Saya rasa yang terbaik adalah mereka perlu bawa agenda politik matang, maksudnya bicarakan isu pokok atau fundamental... mengutamakan kepentingan rakyat.
"Kurangkan retorik, kurangkan main sentimen memecahbelahkan... itu saya kata bawa politik matang dengan kurangkan negatif dan banyakkan positif serta perlu ada kesederhanaan dalam berpolitik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pemerhati politik juga berpandangan pemimpin parti-parti Melayu mesti berjiwa besar dan mengetepikan perbezaan selain bangkit bersama-sama untuk mengemudi agenda nasional serta bekerjasama memulihkan negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kelembapan pertumbuhan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, menerusi catatan di laman Facebook beliau baru-baru ini, turut menzahirkan kerisauannya melihat pemimpin parti Melayu sibuk menyerang antara satu sama lain.
Mengingatkan keputusan PRU14 yang menyaksikan parti-parti Melayu membawa haluan masing-masing dan BN tewas setelah 60 tahun memerintah, beliau berkata tumpuan haruslah kepada usaha ke arah meningkatkan perpaduan, membina permuafakatan dan menyusun saf yang padu.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA Profesor Datuk Dr Ismail Sualman pula berpendapat penubuhan banyak parti Melayu bukan sahaja mewujudkan perpecahan bahkan akan turut merugikan bangsa.
Beliau berkata pemimpin parti politik Melayu perlu mengamalkan diplomasi dalam berpolitik dan mengetepikan kepentingan peribadi selain tidak sepatutnya mempunyai agenda 'liar' untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin.
"Sekarang dalam kerajaan pusat bukan satu parti dominan tetapi ada beberapa parti. Apa yang ditakuti dalam kerajaan ini, walaupun berada dalam satu Kabinet tetapi (mungkin) ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan parti atau pemimpin tertentu.
"Akhirnya yang (dilihat) buruk itu Perdana Menteri... itu yang saya katakan tadi agenda liar yang sengaja dibuat untuk menjatuhkan reputasi dan prestasi pemimpin (lain) terutama Perdana Menteri perlu dielakkan," katanya.
Bagi Presiden Briged Negaraku Khairul Nizam Mohd Sopery, semua pemimpin perlu bersama-sama dengan Perdana Menteri untuk membangunkan semula negara.
"Dari segi politik, kita mahu lebih kepada semak dan imbang yang tidak membawa kepada perpecahan. Perbezaan pandangan boleh tapi hendaklah pandangan yang membina dan bukan meruntuhkan.
"Selain itu, kewujudan terlalu banyak parti juga menjurus kepada suasana yang tidak sihat walaupun ia dibenarkan dalam sistem demokrasi," katanya.
Briged Negaraku adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti bagi memperkukuh perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan. - Gambar hiasan
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.