PM ke-10: Ismail Sabri ucap tahniah kepada Anwar

Astro Awani
November 24, 2022 12:35 MYT
Ismail Sabri turut mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri ANwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.
"Setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri @anwaribrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia!
"Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara," katanya.
LAPOR LANGSUNG PASCA PRU15: ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KE-10

Setinggi tahniah kepada YAB Dato Seri @anwaribrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia! Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/FJUwx1677O

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri ke-10.
Majlis angkat sumpah telah diadakan di Istana Negara pada petang Khamis.
#ismail sabri yaakob #Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #tahniah #kerajaan baharu