Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'pelakon No.1 negara' selepas berbaik-baik dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib berkata ini dibuktikan apabila Dr Mahathir suatu ketika dahulu lantang mengkritik Anwar (Ibrahim) dan mengaitkannya dengan salah laku seksual, namun kini berbaik-baik pula dengan Anwar demi matlamat peribadinya.
BACA: Tun M yakin ambil 7,000 undi daripada majoriti BN di Langkawi
"Baru-baru ini dengan selamba dia pergi ke mahkamah (semasa perbicaraan) nak jumpa dengan Anwar Ibrahim. Saya tengok pun geleng kepala dengan telatahnya (Dr Mahathir). Orang macam ini kita tidak boleh pakai.
"Kita kena ada pendirian, dalam politik kalah menang tidak mengapa asalkan ada maruah diri, dia boleh berbuat demikian tetapi saya tidak boleh," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Tambahan Hospital Jerantut dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Jerantut di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Bahagian UMNO Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerantut Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak.
Lebih 2,000 anggota jentera UMNO dari sekitar kawasan Parlimen Jerantut dan kakitangan jabatan kesihatan daerah, turut hadir pada majlis berkenaan.
Najib berkata Dr Mahathir selama ini hanya menjadi ''kuda tunggangan DAP" untuk memecahbelahkan Orang Melayu di negara ini bagi merealisasikan hasrat politik mereka menjatuhkan kerajaan.
"DAP nak tunjuk mereka baik kepada Orang Melayu, itu tipu sahaja, hakikatnya saya nak tanya DAP ini suka kepada orang Islam atau tidak, betul ke mereka nak bantu memajukan kawasan luar bandar seperti mana BN yang ditunjangi UMNO lakukan.
"Ini berbeza dengan MCA dan MIC serta Gerakan, yang memang ikhlas membantu rakyat, sebab itu negara kita maju, aman dan menjadi negara hebat sehingga kita melihat banyak perubahan besar yang jadi kepada negara kita," katanya.
Pada majlis itu, perdana menteri berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Jerantut akan dibina seperti dimohon penduduk setempat melalui ucapan Ahmad Nazlan sebelum itu.
Najib turut merasmikan projek menaik taraf Hospital Daerah Jerantut, merangkumi satu blok bangunan baharu dengan kapasiti 30 katil, jabatan kecemasan dan trauma, jabatan pesakit luar dan klinik pakar.
Hospital berkenaan yang mempunyai 77 katil mula beroperasi tahun 1977, sebelum dirasmikan pada tahun 1979.
Selain itu, Najib turut umum pembinaan Klinik Kesihatan baharu di Kg Padang Piol selain penaiktarafan tiga klinik aitu Klinik Kesihatan Kampung Labu, Klinik Kesihatan Kuala Tahan dan Klinik Kesihatan Sungai Tekam Utara.
Nuradilla Noorazam
Wed Apr 25 2018
Najib Razak di sebuah program di Tanjung Piol di Jerantut, Pahang hari ini. - Foto Twitter Nuradilla Azam
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.