KUALA LUMPUR:Biarpun masih ramai ahli politik yang lebih berusia mendominasi politik arus perdana Malaysia, ia bukan bermakna politik tanah air sedang menuju ke arah gerontokrasi.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib, peralihan kuasa politik kepada golongan lebih muda dilihat bersifat semula jadi dan bukannya secara radikal.
Dr Kartini berkata, peralihan secara organik itu sebenarnya dapat dilihat menerusi penampilan banyak kepimpinan muda dalam semua parti politik pada ketika ini.
“Apabila ia organik, pemimpin muda diberi ruang tetapi cuma mereka mahukan lebih ruang. Dalam keadaan ini, kita harus melihat peluang yang lebih itu telah diberi.
“Ia berbalik kepada bagaimana seseorang itu memberikan definisi kepada usia tua. Kalau lihat pada definisi yang diberi UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), istilah usia tua itu ialah 65 tahun ke atas.
“Di Malaysia, kita sudah mengetepikan gerontokrasi kerana ramai pemimpin kita berusia 30-an, 40-an dan 50-an.
Ujarnya lagi, penurunan kuasa kepada generasi muda di negara ini bersifat hierarki dan vertikal selain dipengaruhi amalan patron-client oleh parti-parti politik tempatan.
“Persoalan budaya politik ini sangat akrab dengan aspek feudalisme itu, dan patron-client menyebabkan wujudnya hambatan.
“Melainkan parti itu ialah parti yang mempunyai populasi yang kecil, maka kuranglah hierarki dalam parti tersebut dan usia populasi ahli juga berkurangan.
“Kita lihat jika seseorang ahli UMNO ingin menjadi terkenal, dia mengambil masa yang lama disebabkan faktor usia parti itu sendiri,” katanya.
Sebelum ini, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar menyatakan pendapat bahawa pemimpin Malaysia tidak menyediakan lapisan baharu sehingga mengudang risiko gerontokrasi.
Isabelle Leong
Thu Nov 12 2020
Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata penurunan kuasa kepada generasi muda di negara ini bersifat hierarki dan vertikal selain dipengaruhi amalan patron-client oleh parti-parti politik tempatan. - Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran
Syed Muhammad Imran turut menafikan hubungan antara Muhyiddin, dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam keadaan tidak baik.
Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Hajiji tumpu bantu rakyat, tidak mahu buang masa cakap politik
Hajiji sedar ada yang tidak menyukai dan mengkritiknya, namun sebagai Ketua Menteri usaha memajukan Sabah serta membantu rakyat lebih utama.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan mulakan 'Perjalanan Keadilan' sejauh 6,200km
Badan pembuat keputusan tertinggi parti Indian National Congress mahu Rahul menjelajah negara itu dari timur ke barat.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.