KUALA LUMPUR: Proklamasi darurat boleh diisytiharkan di seluruh Melaka bertujuan untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) jika terdapat kebimbangan terhadap jangkitan pandemik COVID-19 negeri atau di seluruh negara.
Pakar Perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata walaupun PRN Melaka perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran DUN berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, namun di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, darurat boleh diisytihar bagi kawasan berkenaan untuk mengelak daripada penggunaan perlembagaan secara normal.
Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka menyatakan satu pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.
"....Ia sama seperti mana yang dibuat di Sarawak juga beberapa lokasi seperti Batu Sapi, Bugaya (kedua-duanya di Sabah) dan Grik, Perak dan bidang kuasa itu terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
Pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh Sarawak berkuat kuasa 2 Ogos sehingga 2 Feb 2022, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf dalam sidang media khas semalam mengumumkan bahawa DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt setelah dipersetujui Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam dan Proklamasi Pembubaran DUN Melaka yang ke-14 diwartakan pada Selasa.
Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) - mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata mengikut Perlembagaan Negeri Melaka, ia tidak mensyaratkan untuk Yang Dipertua Negeri berbincang dengan mana-mana pihak bagi pembubaran DUN selain daripada permintaan Ketua Menteri.
"Jadi pada saya, sekiranya ada permintaan daripada ketua menteri yang telah kehilangan kepercayaan majoriti, maka berpandukan kepada Fasal (2) Perkara 8 Perlembagaan Negeri Melaka yang menyatakan bahawa Yang Dipertua Negeri bertindak mengikut budi bicara dalam pelaksanaan kuasa di bawah iaitu melantik seorang ketua menteri, untuk tidak memberi perkenan atau memberi perkenan untuk pembubaran dewan sekiranya ada permintaan dilakukan.
"Jadi tidak timbul soal sama ada Yang Dipertua Negeri hendaklah berbincang dengan mana-mana pihak. Kalau nak berbincang pun, ia terserah kepada Yang Dipertua Negeri. Jadi pendekatan yang diambil oleh peringkat Persekutuan sebelum ini adalah berbeza daripada pendekatan yang diambil oleh Yang Dipertua Negeri Melaka," katanya.
Mengenai Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dibuat untuk memudahkan kawalan penyakit berjangkit COVID-19 termasuk jumlah kompaun yang boleh dikenakan berbanding denda maksimum RM1,000 yang dinyatakan dalam Akta 342 dan masih belum diungkai, Shamrahayu berkata ordinan berkenaan secara umumnya masih terpakai.
"Apabila kita merujuk kepada Seksyen 15 Ordinan Darurat berkaitan pembubaran, summon (memanggil) ataupun persidangan Dewan Undangan Negeri, di situ dinyatakan pembubaran DUN hendaklah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong apabila pembubaran itu dalam masa darurat.
"Tetapi oleh kerana darurat itu telah berakhir walaupun Ordinan Darurat itu masih berkuat kuasa, maka Seksyen 15 itu hanya terpakai dalam keadaan darurat. Oleh kerana darurat berakhir 1 Ogos lepas, maka persidangan dewan dan pembubaran dewan boleh dilakukan," katanya.
Seksyen 15 (1) (a) ordinan berkenaan menyatakan bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan yang berhubung dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan mana-mana negeri dan mana-mana undang-undang negeri tidak mempunyai kesan.
Seksyen 15 (1)(b) menyatakan Dewan Undangan Negeri hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau Yang Dipertua Negeri yang berkenaan.
Seksyen 15 (2) pula menyatakan mana-mana mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah dipanggil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.
Pandangan sama turut dikongsikan seorang lagi pakar undang-undang, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa bagi mengisytiharkan darurat sekiranya Seri Paduka berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan ancaman keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam.
"Dalam hal ini faktor yang dikaitkan ialah pandemik COVID-19. Jadi jika Yang di-Pertuan Agong ingin menggunakan kuasa itu, faktor risiko COVID-19 yang mungkin merebak akibat PRN perlu dibuktikan secara benar, telus dan jujur.
"Pihak yang perlu terlibat dalam proses ini tentunya Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), SPR dan polis. Antara aspek yang perlu dinilai termasuklah tahap jangkitan di Melaka, vaksinasi, SOP kempen dan pengundian, jangkaan kehangatan kempen dan kemampuan jentera penguat kuasa," kata pensyarah dan penyelidik di Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur itu.
Sependapat dengan Shamrahayu dan Muhammad Fathi, seorang lagi pakar undang-undang dan perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat ke atas Melaka atas nasihat Perdana Menteri jika PRN masih difikirkan tidak sesuai dilaksanakan sekarang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Shamrahayu berkata, mengikut Perlembagaan Negeri Melaka, ia tidak mensyaratkan untuk Yang Dipertua Negeri berbincang dengan mana-mana pihak bagi pembubaran DUN selain daripada permintaan Ketua Menteri. - Gambar fail
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.