MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikhuatiri akan mengundang peningkatan kes COVID-19 sekali gus menjejaskan aktiviti sosial dan ekonomi di negeri itu yang kini berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penduduk merayu agar ia ditangguhkan dengan mengambil kira situasi peningkatan kes COVID-19 yang berlaku selepas PRN Sabah pada September tahun lepas.
Melaka mencatatkan 200 kes positif COVID-19 hari ini dengan 88.5 peratus populasi dewasa di negeri itu telah lengkap vaksinasi setakat semalam.
Pengusaha restoran di Bandar Hilir di sini, Mazlan Ismail, 45, berkata peniaga makanan baharu sahaja menarik nafas lega selepas 'dine in' dibenarkan namun mereka khuatir ia akan ditarik balik jika kes COVID-19 kembali meningkat.
"Jika PRN diadakan, rakyat Melaka dari luar pasti akan pulang untuk mengundi dan tiada siapa boleh menafikan hak mereka sebagai pengundi namun kita risau berlaku jangkitan yang menyumbang kepada peningkatan kes.
"Apa yang saya lihat, kerajaan perlu mengambil iktibar apa yang berlaku selepas PRN Sabah, kes positif meningkat bukan sahaja di sana malah di seluruh negara sehingga banyak sektor perniagaan terpaksa ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya ketika ditemui hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
Peniaga pakaian di Pahlawan Walk di sini, Sharifah Shahira Wafa Syed Rosely Waffa, 27, turut meluahkan kebimbangan PRN akan menjejaskan proses pemulihan daripada wabak COVID-19 khususnya di Melaka yang begitu mengharapkan pembukaan semula sektor pelancongan.
"Peniaga di kawasan pelancongan seperti di Pahlawan Walk ini amat berharap pada pelancong luar tetapi apakan daya kami," katanya.
Beliau juga memutuskan untuk tidak keluar mengundi sekiranya PRN itu diteruskan kerana risau dijangkiti meskipun terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak berkuasa.
Seorang pekerja syarikat swasta, Ian Choo Tze Wei, 29, pula berkata beliau akan tetap keluar mengundi kerana itu adalah tanggungjawabnya dalam memilih wakil rakyat.
Bagaimanapun, beliau berharap PRN Melaka dapat ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar selamat daripada wabak COVID-19.
Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka Zaiton Sidek turut melahirkan kebimbangan kerana peningkatan kes COVID-19 akan merencatkan pelbagai aktiviti khususnya dalam kalangan belia.
"Banyak sebenarnya aktiviti untuk belia yang telah kita rangka untuk dilaksanakan tetapi ia sering tertangguh dalam tempoh COVID-19 ini terutama apabila PKP dikuat kuasa," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Rata-rata penduduk merayu agar ia ditangguhkan dengan mengambil kira situasi peningkatan kes COVID-19 yang berlaku selepas PRN Sabah pada September tahun lepas. - Gambar hiasan
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.