ALOR GAJAH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan, keengganan UMNO menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya pandangan peribadi pemimpin tertentu.
Malah katanya, pendirian itu tidak mewakili suara majoriti parti dan rundingan seharusnya diadakan dengan mengambil kira sentimen rakyat yang tidak lagi mahu ahli politik terus bercakaran.
“Dalam hidup ini memang kadang-kadang ada orang nak kawan dengan kita dan kadang-kadang sebaliknya. Mungkin kerana cemburu sebab kehebatan serta kelebihan yang ada pada kita.
“Kita bersama dengan sesiapa juga di luar sana yang mengikuti atau bersama perjuangan kita dan kalau ada yang kata tidak mahu bersama dengan kita, itu pandangan peribadi dan pandangan majoriti wadah (parti) yang mereka wakili,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Hari Sukan Negara (HSN) peringkat daerah Alor Gajah di A’ Famosa di sini, hari ini.
Beliau terdahulu mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu sekiranya PRN diadakan.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Bersatu bagaimanapun sedia membuka pintu rundingan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN termasuk UMNO.
“Bersatu sentiasa buka pintu rundingan dengan sesiapa juga yang mana kami mengamalkan politik yang mesra dan berkasih sayang. Kita tidak mahu bergaduh dengan orang dan memaafkan serta berbaik dengan sesiapa jua.
“Kebanyakan pemimpin di atas sana tidak ada masalah untuk bekerjasama dan mungkin hanya ada satu dua orang (pemimpin) yang tidak berapa minat nak kerjasama,” tambahnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, kerajaan akan membuat keputusan minggu depan, sama ada akan menasihatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan PRN.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka Bergolak: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - PM
Beliau berkata Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam proses mendapat taklimat daripada beberapa pihak berhubung perkara berkenaan, sebelum membuat keputusan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, apabila DUN dibubarkan, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Oct 10 2021
Ahmad Faizal (tengah) ketika merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat daerah Alor Gajah di A Famosa, Melaka. - Astro AWANI
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.