IPOH:Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu memasuki pekarangan istana kira-kira jam 10.50 pagi menaiki kereta Mercedes Benz berwarna kelabu.

Baru-baru ini, Abdul Hadi mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin bagi memaklumkan mengenai 'situasi politik yang melibatkan Pas'.

Sebuah portal melaporkan Abdul Hadi memohon menghadap Sultan Perak untuk 'memohon ampun' ekoran keputusan membatalkan jadual menghadap tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas ketika krisis politik Perak pada 8 Dis lalu.

Pas sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk 'menangguhkan' menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan Pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Parti itu juga menolak tuduhan bahawa ketidakhadiran itu merupakan tindakan derhaka terhadap Sultan.


BACA: Hadi dijadual menghadap Sultan Perak esok 

BACA: 4 ADUN UMNO, seorang ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perak

BACA: Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak

BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Saarani MB baharu Perak