KUALA LUMPUR: Di sebalik dakwaan berlaku pergolakan politik, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengesahkan akan berlaku rombakan Kabinet negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.
Jelas Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, butiran berhubung perkara itu didedahkan dalam masa terdekat.
Rombakan itu juga dipercayai susulan cubaan 'rampasan kuasa' yang didakwa didalangi oleh Parti Warisan (Warisan) dan sebahagian pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah gagal pada Khamis.
Menurut sumber dalaman, rombakan itu dijangka menyaksikan beberapa ahli kabinet BN digugurkan daripada jawatan dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah.
Nama-nama yang turut disebut akan digugurkan antaranya Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Menteri Pelancongan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Jafry Ariffin.
Terdahulu, pertemuan pimpinan UMNO Sabah di pejabat parti itu pada khamis didakwa bagi membincangkan perkembangan kerjasama dengan Warisan.
Namun, Bung menafikan perkara tersebut dengan mengatakan bahawa ianya sekadar pertemuan biasa dalam kalangan pimpinan parti.
Pada masa sama juga, sidang media Warisan yang dijadualkan pada jam 4.30 petang di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada hari yang sama juga turut dibatalkan.
Ketika ini, Kabinet Sabah dibarisi oleh 11 menteri termasuk Ketua Menteri dan 18 pembantu menteri.
Astro Awani
Fri Jan 06 2023
Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, butiran berhubung rombakan Kabinet akan didedahkan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Politik Sabah: Rombakan kabinet selepas Hajiji berjumpa PM?
Pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sekembalinya Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta.
Politik Sabah: Hajiji sahkan akan berlaku rombakan Kabinet negeri
Perkembangan rombakan Kabinet akan dimaklumkan dalam masa terdekat.