Teka-teki mengenai siapa calon yang bakal disandarkan harapan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Tanjung Piai, bakal terjawab petang ini apabila kedua-dua pakatan itu dijangka membuat pengumuman khas hampir serentak, di sini.
Pengumuman itu dibuat berbaki lima hari lagi menjelang hari penamaan calon pada 2 Nov ini (Sabtu).
BACA: Tanjung Piai Memilih: Calon PH berkemungkinan orang tempatan
BACA: PRK Tanjung Piai: Pakatan Harapan akui persaingan mencabar
BACA: PRK Tanjung Piai: PH sudah ada nama calon
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi PH Johor, akan mengetuai barisan kepimpinan PH Johor untuk mengumumkan calon pilihan PH pada satu majlis memperkenalkan calon pada pukul 2 petang.
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang juga Pengarah Jentera PH bagi PRK kali ini dijangka menghadiri majlis tersebut, selain barisan kepimpinan PH yang lain termasuk Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai Karmaine Sardini, antara tiga nama yang dilaporkan disenarai pendek untuk menjadi calon PH-Bersatu bagi PRK ini selepas penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Mr Rafik meninggal dunia pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Karmaine, yang pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Pontian pada Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU14), tewas kepada Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-UMNO).
Ahmad menang tipis dengan memperoleh 21,132 undi manakala Karmaine meraih 20,299 undi.
BACA: PRK Tanjung Piai: Gerakan yakin calon dapat banyak undi - Dominic
BACA: PRK Tanjung Piai: Pengumuman calon Bersatu minggu depan - Muhyiddin
BACA: BN umum calonnya untuk PRK Tanjung Piai seminggu sebelum hari penamaan calon
BACA: Tolonglah letak calon UMNO di Tanjung Piai supaya kami boleh menang - Tun M
BACA: PRK di Tanjung Piai akan berjalan lancar, mantap - KPN
BACA: Demografi bukan faktor utama tentukan calon BN bertanding PRK Tanjung Piai
Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula bakal melancarkan Jentera BN pada pukul 3.30 petang.
BACA: Ahmad Zahid bayangkan UMNO bertanding di PRK Tanjung Piai
BACA: Tanjung Piai Memilih: UMNO atau MCA, jentera Pas sedia membantu
BACA: Umur 18 tahun tidak boleh mengundi di PRK Tanjung Piai - SPR
Majlis itu yang dijangka dihadiri parti komponen termasuk MCA, turut memberi isyarat akan memperkenalkan calon bagi merebut kerusi parlimen Tanjung Piai itu.
MCA, yang pernah bertanding kerusi itu dijangka mempertaruhkan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng.
Wee pernah menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada tahun 2013 hingga 2018, dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas.
Pada PRU14, Wee tewas kepada Dr Md Farid ketika bertanding bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 524 undi.
PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
Teka-teki siapa calon PH, BN terjawab petang ini. -Gambar fail
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.
Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.
Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.
PRU15: Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon
Syarikat industri turut digesa mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding warga asing.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
18 kerusi DUN Johor 'ditinggalkan' Bersatu akan dibahagi secara muafakat dalam PH
Sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri.