MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui tidak ambil mudah dengan pertambahan bilangan pengundi baharu, termasuk pengundi muda menerusi Undi18.
Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pertambahan angka pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat boleh memberi perubahan besar dalam landskap politik negeri itu.
Beliau berkata, rentetan itu, Bersatu memberi tanggungjawab penuh kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) untuk mengatur strategi dalam meraih mandat golongan berkenaan.
"Selama mungkin ada parti yang boleh kata dia selesa, dia ada pengundi tegar, dia yang macam mana pun dia akan undi parti itu, tapi dengan anak muda ini dia tak boleh nak baca.
"Ada kemungkinan undi A ada B, ada kemungkinan tak mengundi.
"Ini satu cabaran kepada parti politik dan kita daripada Perikatan Nasional (PN) telah berbincang beberapa minggu lepas mengenai beberapa perkara yg kita akan lakukan.
"Amanah yang paling berat dalam mendekati pengundi muda kita serahkan kepada Armada ataupun sayap pemuda dalam PN, jadi ini tanggungjawab yang saya pasti akan dipenuhi syarat pemuda kita," kata Wan Saiful.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan jelajah penerangan isu semasa di Parit Haji Ali, di sini, pada Rabu malam.
Untuk rekod, jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan pertambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.
Wan Saiful, dalam pada itu, mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi situasi menang-menang dalam meneliti kaedah berkempen pada PRN nanti.
Ini kerana, jelasnya, kaedah ceramah dan kempen rumah ke rumah masih lagi dilihat sebagai kaedah paling berkesan dalam menyampaikan mesej semua parti politik terlibat.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 03 2022
WAN SAIFUL: Selama mungkin ada parti yang boleh kata dia selesa, dia ada pengundi tegar, dia yang macam mana pun dia akan undi parti itu, tapi dengan anak muda ini dia tak boleh nak baca. -Gambar fail/Bernama
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.