MELAKA: Barisan Nasional (BN) meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) sehingga PRU14.
"Kalau boleh kita nak menang 20 kerusi...kita cuba untuk kekalkan yang 13 kerusi (dimenangi pada PRU14) dan kita punya sasaran adalah kepada tumpuan lima lagi kerusi, (menjadikan keseluruhan) 18 kerusi.
"Tetapi jika kita dapat lepasi jumlah 15 kerusi (majoriti mudah untuk membentuk kerajaan), pun dah syukur Alhamdulillah, kita boleh tubuhkan kerajaan kita sendiri.
"Jadi untuk mendapatkan satu kerajaan yang stabil, kita mesti tubuh kerajaan di atas kekuatan kita sendiri. Jadi kita tak akan terus setiap hari diancam, diugut nak tarik diri. Kalau selagi perkara itu berlaku, kerajaan tak akan stabil," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 11,557 mengundi awal hari ini
Pada PRN Melaka, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.
Pada PRU14, UMNO menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.
Ditanya sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.
"Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa...tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh... apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, UMNO tak boleh. Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat," katanya.
Selain itu, Mohamad berkata bagi meremajakan parti dan mempamerkan keterbukaan, BN mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan calon-calon muda bagi PRN Melaka bagi memenuhi selera pengundi.
"Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.
"Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada UMNO. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS... UMNO masih duduk dalam gua dia...tak boleh.
"Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah UMNO yang nak saya bawa," katanya.
Ditanya mengenai peluang BN di kerusi panas iaitu Tanjung Bidara yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata pertandingan di kawasan berkenaan dijangka sengit.
"Sengitlah, saya tak kata akan jadi kerusi Bersatu," katanya.
Ab Rauf akan ditentang oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mewakili PN dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH).
Bagi tiga kerusi iaitu Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertembungan enam penjuru, Mohamad berkata situasi berkenaan memberi kelebihan buat BN.
Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori bersama PAS, beliau berkata meskipun tiada kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu pada PRN Melaka, namun kerjasama boleh diadakan pada masa akan datang termasuk membabitkan soal penyatuan ummah.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini (20 Nov).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.