KUALA LUMPUR: Mandat yang diberikan oleh pengundi Melaka kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali menerajui pentadbiran kerajaan negeri membuktikan bahawa rakyat secara umumnya mahukan kestabilan politik dalam memastikan kemajuan dan kemakmuran dicapai.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata konsep Keluarga Malaysia dilihat diterima ramai, sekali gus memberi bayangan akan wujudnya kestabilan dalam negara.
"Apa yang berlaku sebelum ini tidak ada kestabilan politik, yang telah menyebabkan kemelut politik tidak berkesudahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Geostrategis Dr Azmi Hassan pula berkata faktor Keluarga Malaysia, Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) juga boleh dikaitkan secara tidak langsung sebagai antara faktor kemenangan BN, yang menambah keyakinan pengundi kepada parti itu untuk mentadbir kerajaan.
"Apabila kerajaan stabil dan cekap maka setiap perancangan, dasar dapat dilakukan pada tahap terbaik...dan BN dianggap contoh terbaik menonjolkan imej Keluarga Malaysia apabila memberi peluang kepada kompenannya, MIC untuk bertanding di satu kerusi dan MCA di tujuh kerusi pada PRN Melaka," katanya.
Turut senada, penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain yang berpandangan perubahan tampuk pimpinan dikhuatiri akan menjejaskan semua pembangunan dirancang.
Mohd Izani berkata perancangan pembangunan yang telah disusun seperti 990 projek pembangunan bernilai RM13.8 bilion di Melaka sepanjang tempoh RMK12, antara yang menjadi tarikan kepada rakyat dalam situasi ekonomi yang mencabar.
"Rakyat memerlukan pembangunan yang memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi menjana pendapatan mereka," katanya.
Tambahnya konsep Keluarga Malaysia yang mengutamakan nilai kasih sayang, prihatin dan empati juga dilihat semakin diterima masyarakat dan perlu diperkasa dalam menjadi alat perpaduan dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Mujibu Abd Muis berkata konsep Keluarga Malaysia dilihat diterima ramai, sekali gus memberi bayangan akan wujudnya kestabilan dalam negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.