TANJUNG KLING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menyambut baik larangan Menteri Kesihatan berhubung aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial serta pelancaran jentera berkaitan pilihan raya.
Jelas Nor Azman, ia merupakan langkah terbaik dalam memastikan rakyat negeri itu tidak diheret dalam krisis COVID-19 sepertimana yang berlaku di Sabah sebelum ini.
"Kita tengok yang diumumkan Khairy Jamaluddin dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) (kerana) benda ini serius.
"Saya ingat MKN sudah tengok berapa hari ini tentang PRN Melaka, jadi saya merasakan larangan ini cukup baik bagi mengekang perkara-perkara yang tidak diingini seperti COVID-19," jelasnya.
Meskipun berdepan kekangan untuk berkempen dalam PRN Melaka dijadualkan November depan, namun ujar Nor Azman ia tidak mematahkan semangat calon yang akan bertanding.
Sebaliknya, sudah tiba masanya kempen norma baharu diadakan oleh setiap parti yang bertanding.
"Saya melihat benda ini di laman sosial saya tengok tak kira mana parti, saya tengok kumpulan yang ramai mengheret rakyat, sama-sama untuk berkempen walaupun tarikh berkempen 8 November tapi dah berlaku bilik gerakan dan macam lagi.
"Benda ini tidak baik dan tidak sihat dengan pandemik COVID-19 di Melaka, kerajaan MKN mengambil serius perkara ini dan perlu dibendung segera sebelum berlaku di PRN Sabah," ujarnya lagi.
Kongsi kisah long COVID
Mengulas lanjut jelas Nor Azman, beliau yang juga bekas pesakit COVID-19 sehingga kini masih mengalami simptom long COVID sehingga kadang kala menjejaskan aktiviti hariannya.
Justeru, rakyat di negeri itu katanya lagi, perlu dilindungi daripada menjadi mangsa kepada musuh tidak nyata semata-mata kerana pilihan raya.
"Saya sendiri mengalami simptom long COVID, di mana sodium dalam badan berkurang, saya hampir lemah dan maut sebab ia menganggu jantung saya.
"Saya rasa kesannya sehingga hari ini walaupun dah sebulan keluar hospital. Diri saya pun tidak stabil, pernah berkerusi roda dan bertongkat.
"Apabila sudah terjadi pada diri saya, takkan nak heret rakyat jadi macam saya. Saya tahu benda itu penyakit berbahaya, kita sedia maklum takkan kita nak seret orang lain kena," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya di Tanjung Kling pada Isnin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan larangan aktiviti, perhimpunan, majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan bermula 25 Oktober sehingga 27 November depan.
Larangan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Jelasnya, ia bagi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID19 dan peningkatan kes mendadak susulan penularan varian Delta dalam komuniti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 8 November sebagai tarikh hari penamaan calon, hari pengundi awal pada 16 November dan hari mengundi pada 20 November depan.
PRN Melaka bakal melibatkan 495,196 orang pengundi di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 25 2021
Jelas Nor Azman, ia merupakan langkah terbaik dalam memastikan rakyat negeri itu tidak diheret dalam krisis COVID-19 sepertimana yang berlaku di Sabah sebelum ini.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
PRN Melaka: Idris Haron, Nor Azman sah bertanding tiket PH
Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon yang dijalankan secara maya sebentar tadi.
PRN Melaka: Nor Azman yakin PH akan calonkan beliau, Idris Haron
Nor Azman menjelaskan beliau dan bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron akan dinamakan calon oleh PH biarpun DAP tidak menerima mereka.
PRN Melaka: Larangan perhimpunan langkah terbaik, jangan heret rakyat ke kancah COVID-19 - Norazman
Rakyat Melaka perlu dilindungi daripada menjadi mangsa kepada musuh tidak nyata semata-mata kerana pilihan raya.
PRN Melaka: 'Banyak tawaran, Selasa depan kami berempat buat keputusan' - Nor Azman
Ketika ini kesemua mereka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman.
Politik Melaka: 'Maafkan kami .. nangis saya bukan main-main' - Nor Azman
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dilihat menangis ketika memohon ampun dan maaf kepada rakyat Negeri Melaka atas kekhilafannya selama ini.
Melaka Memilih: 'Bukan dua singa, tetapi tiga' - Nor Azman
Tiga singa ini, dakwa Nor Azman, memainkan peranan merosakkan negeri Melaka.
Bubar DUN: 'Saya salahkan kerajaan Sulaiman, kenapa buat begini?' - Nor Azman
Nor Azman mendakwa tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) disebab kepentingan sendiri pemimpin negeri.
Keahlian Idris Haron, Nor Azman dalam UMNO gugur secara automatik
Keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.