MELAKA TENGAH: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak bermaksud mereka akan tewas dalam peperangan yang lebih besar, iaitu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong.
Bekas Ahli Dewan Negara itu berkata, pakatan itu perlu bangkit dari episod Melaka, dan menetapkan semula konsep ‘Khemah Besar’, dan menggabungkan semua kuasa bagi meneruskan cabaran terhadap Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Katanya lagi, mengambil kira fakta bahawa pengundi muda yang tidak suka BN, telah memberikan sokongan kepada PN, maka PH perlu diberi wajah baharu serta agenda lebih segar, untuk meraih sokongan pengundi atas pagar dan pengundi muda.
“Pada 2007, DAP tewas teruk pada pilihan raya kecil (PRK) Machap. Namun, ‘Tsunami Politik’ pada PRU Mac 2008 mengubah landskap politik negara.
“Sewaktu PRN Sarawak pada Mei 2016, kerusi DAP dikurangkan daripada 12 kepada tujuh. Pada Jun 2016, PH tewas di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kurang dua tahun kemudian, pada Mei 2018, rakyat Malaysia mengubah kerajaan buat kali pertama,” katanya lagi.
Keputusan PRN Melaka pada 20 November menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti, selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
BACA: RASMI: BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi
DAP hanya berjaya memenangi empat daripada lapan kerusi yang ditandingi, Parti Amanah Negara (Amanah) pula berjaya mendapat satu kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) tewas dalam kesemua 11 kerusi yang ditandingi.
Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, biarpun kekalahan itu amat dikesali, namun keputusan menunjukkan mereka masih boleh memenangi pertandingan itu sekiranya ada peratusan undi menyokong yang kecil dari golongan atas pagar, dan pengundi muda.
“DAP mesti cekal dalam menjadikannya parti nasional untuk rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan ‘Malaysian first’. Kita perlu menolak desakan setengah pihak untuk menjadi parti bersifat ‘parochial’, atau jumud.
“Tiba masanya untuk menetap semula PH, dan menyuntik ‘game-changer’ ke dalam politik nasional, serta terus meyakinkan mereka bahawa PH sentiasa membawa harapan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Nov 21 2021
Liew Chin Tong berkata, Pakatan Harapan perlu bangkit dari episod Melaka, dan menetapkan semula konsep Khemah Besar'. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.