KUALA LUMPUR: Calon BN N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin punyai rancangan untuk mewujudkan pusat perniagaan setempat di Stadium Hang Jebat jika dipilih sebagai perwakilan kawasan itu.
Itu menjadi pelan utama perkhidmatan Rais untuk rakyat Paya Rumput, selain menyelaraskan sama rancangan melaksanakan tawaran lain yang digariskan dalam manifesto BN peringkat negeri.
Beliau yakin ia dapat dilaksanakan segera dalam perancangannya untuk merancakkan semula ekonomi orang kampungnya itu pasca waktu sukar pandemik.
“Melaka alhamdulillah, di bawah (bekas) Ketua Menteri (Datuk Seri Sulaiman Md Ali) beliau membuatkan semua bebas berniaga.
“Jadi saya ingin membuat satu ‘uptown’, tempatnya di Stadium Hang Jebat, itu adalah kawasan yang cantik untuk dibangunkan.
“Dulunya mungkin sukar kerana (pengurusannya) di bawah Perbadanan Stadium, sekarang ini sudah diambil alih oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
"Jadi kalau boleh berbincang dengan Majlis, saya ingin mengajak anak-anak muda untuk bangunkan tempat itu.”
Jelas Rais, dengan kewujudan pusat perniagaan setempat itu sekaligus Paya Rumput akan menjadi kawasan separa bandar yang menyaksikan aktiviti perniagaan berlangsung digiatkan dengan kehadiran orang ramai dari dalam dan luar.
Pada masa sama, beliau mahu menyentuh isu keselamatan di mana katanya sejak kecil hingga dewasa kini, masih ada sebuah sahaja balai polis di DUN Paya Rumput itu.
Logiknya, kata Rais, andai setiap 10,000 penduduk memerlukan satu klinik kesihatan, begitu juga balai polis dan kekuatan anggotanya untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan 26,455 penduduk di situ.
Tonton temu bual penuh Rais bersama hos Nazri Kahar dalam program Agenda AWANI Melaka Memilih, di sini:
Israr Khalid
Wed Nov 17 2021
Calon BN N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin punyai rancangan untuk mewujudkan pusat perniagaan setempat di Stadium Hang Jebat jika dipilih sebagai perwakilan kawasan itu. -Gambar fail/Bernama
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.