MASJID TANAH: Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa gabungan itu mampu mentadbir negeri Melaka sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
Jelasnya, gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam Perikatan Nasional mempunyai kriteria yang terbaik untuk rakyat.
"Kita menyerahkan kepada rakyat Melaka dan Masjid Tanah dan saya yakin kematangan pengundi mereka mahu perpaduan, sebuah kerajaan stabil, prihatin kepada rakyat, dasar yang jelas demi masa depan negara dan negeri.
"Kesemua kriteria ini ada dalam PN, atas dasar itu saya yakin pengundi akan berikan peluang kepada PN untuk mentadbir sebuah lagi kerajaan negeri iaitu kerajaan negeri Melaka," jelasnya.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara tiga parti itu, ujar Azmin perkara itu masih lagi dibincangkan.
"Itu kita akan bincang dalam PN. Itu akan kita umumkan yang penting ada persefahaman yang baik mengikut kemampuan parti dan faktor kemenangan berdasarkan faktor calon parti dan jentera ini proses biasa dalam semua rundingan pilihan raya sebelum ini.
"Pas mempunyai kekuatan tersendiri di Melaka, kerana majoriti rakyat Melaka adalah Melayu dan Islam dan lama dah berada di Melaka.
"Gerakan parti mewakili semua kaum, Bersatu parti baharu tapi ada track record cemerlang, sebuah parti diasaskan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa dalam sistem negara kita pada hari ini," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jentera PN Parlimen Masjid Tanah di Dewan Dato Abu Seman, Masjid Tanah pada Ahad.
Fareez Azman
Sun Oct 24 2021
Jelas Azmin, gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam Perikatan Nasional mempunyai kriteria yang terbaik untuk rakyat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.