TANGKAK: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh ditangguhkan, justeru semua pihak perlu memberi tumpuan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SPR perlu segera mengumumkan SOP PRN Melaka agar penularan COVID-19 dapat dicegah sepanjang pilihan raya berlangsung.

"Faktanya PRN ini tidak boleh ditangguhkan, ini di bawah Perlembagaan apabila Yang di-Pertua Negeri Melaka (Tun Mohd Ali Rustam) mengumumkan pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri), kita perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka: Siapa yang untung?

"SPR telah umumkan tarikh, jadi kita kena berdepan PRN, SPR perlu umumkan SOP agar penularan COVID-19 dapat dikawal... di mana bagi saya, mereka tahu apa yang boleh dan mana yang tak boleh dibuat," katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Gambir pada Jumaat.

Melaka mencatatkan penambahan 235 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 62,995 kes setakat Jumaat.