KUCHING: DAP akan membuat penilaian dan 'post mortem' yang sewajarnya berhubung kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Padungan dengan majoriti selesa 1,198 undi, berkata parti itu akan meneruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.
"Mengenai keputusan PRN Sarawak, kami menerima kekalahan ini serta keputusan rakyat Bumi Kenyalang.
"Bagaimanapun, saya memberi jaminan kepada rakyat Sarawak meskipun kalah, kami akan kekal di sini dan meneruskan perjuangan politik demi kehidupan rakyat yang lebih baik selain berjuang demi Sarawak," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRN itu di sini malam tadi.
Beliau juga berkata parti itu akan bekerjasama dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Padungan.
Pada pilihan raya itu, Chong menewaskan Wee yang merupakan calon Gabungan Parti Sarawak bagi kerusi Padungan.
"Kita mesti boleh menjalin kerjasama dengan mudah bagi memastikan ia adalah demi rakyat dan pendekatannya harus tepat.
"Jangan jadikan ini sebagai publisiti. Saya berpendapat kita di sini untuk berkhidmat dan jika rakyat telah memilih mereka untuk menjadi wakil mereka, kita perlu menghormati keputusan mereka," kata Wee.
Chong memperoleh 4,686 undi manakala Wee mendapat 3,488 undi.
Dua calon lain yang bertanding bagi merebut kerusi itu, Raymond Thong Ee Yu daripada Parti Bumi Kenyalang dan Lina Soo daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak masing-masing memperoleh 930 undi dan 193 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Pada PRN Sarawak semalam, Chong (gambar) menewaskan Wee untuk kerusi DUN Padungan. - Gambar fail BERNAMA
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Bharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.